Aku mahu begitu. Tapi..
Umar Rifaie Bin Hatta seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang dahagakan kasih sayang ibunya. Kisah kanak-kanaknya tidak seindah kanak-kanak seusia yang lain. Lahir dalam 'broken family' bukan dia yang pinta. Takdir.
Air mata yang mengalir diseka perlahan. Aku perlu kuat!
"Syakir, aku nak belajar mengaji kat mak kau boleh?" Matanya bercahaya. Semangatnya membara. Aku mahu menjadi Umar kebangaan keluarga dan agama.
"Datanglah rumah. Tapi nanti kau tanyalah keluarga kau dahulu".
"Datanglah rumah. Tapi nanti kau tanyalah keluarga kau dahulu".
Gembira Syakir apabila ada sahabat yang mahu mendalami ilmu agama. Tak ramai anak muda yang minat mahu mengaji lagi. Kalau tak dipaksa ibubapa, nescaya tiada lagi anak murid ibunya sekarang. Tapi, Umar lain..
Seminggu kemudian,
"Umar, jadi tak mengaji kat mak aku?" Syakir mengharapkan khabar gembira dari Umar. Tapi melihat pada riak Umar...
"Tak pa Umar. Bukan rezeki kau. Kita boleh belajar sama-sama disekolah." Bahu umar ditepuk perlahan. Cuma menenangkan resah Umar.
"Nenek aku tak bagi. Dia kata tiada siapa nak hantar aku ke rumah kau. Aku nak naik basikal, dia tak bagi. Bahaya katanya. Padahal, bukannya aku tak pernah naik basikal ke sana". Dia hanya menekur lantai. Sedih. Niatnya mahu perbaiki bacaan AlQuran dan dalami ilmu tajwid terbantut.
Sejak ibu bapanya berpisah, Umar dan tiga orang adiknya hanya menumpang kasih pada ayah, datuk dan neneknya. Ibunya ntah ke mana. Sikap dingin neneknya kadang-kadang membuatkan kanak-kanak itu rindu pada ibunya. Umar mahu belaian kasih sayang seorang wanita penganti ibu. Bukan bengis dan amarah.
Apa salah aku agaknya sehingga nenek begitu dingin dan marah pada aku? Aku dilayan seperti anak tiri. Segala kerja aku dikerah.
Nafas berat dilepaskan. Ibu..
*********************************
Kring... Kring..
Waktu persekolahan tamat.
"Jumpa petang ni lah ye. Kau datang kan tusyen petang ni?" Syakir mahu bergegas pulang. Dia tidak mahu ibunya lama menanti di kereta. Perbualan yang tergantung mahu disambung di tusyen nanti.
Umar hanya mengangguk lemah. Tersenyum kelat.
'Aku ada. tapi bukan sebagai pelajar tusyen lagi..' hanya terluah di dalam hati sahaja. Kelibat Syakir semakin mengecil di pandangannya. Telah jauh sahabatnya itu meninggalkannya.
Pakcik Umar merupakan seorang guru pencen. Dia merupakan bekas pengetua di SK Gemilang. Kini, datuknya membuka pusat tusyen untuk pelajar tahun 4 hingga 6 . Umar dan Syukri juga turut menimba ilmu di situ. Sebagai persediaan untuk UPSR pada tahun hadapan.
Sudah jam 8.15 malam. Syakir baru tiba. Dia agak lewat harini. Terus dia mencari kelibat sahabatnya Umar. Kelihatan Umar berada dihujung sudut kelas.
'eh, kenapa Umar tak masuk dalam kelas? Kenapa tak duduk di meja belajar seperti selalu?' Syukri merenung Umar dari jauh. Sehingga ditegur guru, barulah dia terkial-kial mahu mengeluarkan buku dari dalam beg.
"Kenapa tak duduk sekali dengan kami tadi?" Seusai kelas tamat, Syakir terus mendapatkan Umar yag sibuk menyusun kerusi dan meja kelas tusyen itu. Sesekali tangannya juga mencapai kerusi-kerusi untuk ditindih sambil sabar menanti jawapan Umar.
"Aku dah tak tusyen lagi dah. Nenek aku tak bagi. Dia kata aku selalu bergaduh dengan sepupu aku tu.." sayu benar nadanya. Tangannya masih lincah mengemas kerusi dan meja.
Pergerakkan Syakir bagai terkunci, 'dugaan apa lagi yang perlu kau hadapi Umar?' Syakir merenung Umar. Dalam.
Sememangnya Umar punya sepupu perempuan yang juga turut tusyen bersama mereka. sepupunya itu selalu mencari masalah dengan Umar. Ada sahaja yang mahu dikelahikan. Tapi, kali ini Umar mengalah. Ahh.. Mana mungkin aku menang dengan cucu kesayangan nenek..
"Kenapa tak duduk sekali dengan kami tadi?" Seusai kelas tamat, Syakir terus mendapatkan Umar yag sibuk menyusun kerusi dan meja kelas tusyen itu. Sesekali tangannya juga mencapai kerusi-kerusi untuk ditindih sambil sabar menanti jawapan Umar.
"Aku dah tak tusyen lagi dah. Nenek aku tak bagi. Dia kata aku selalu bergaduh dengan sepupu aku tu.." sayu benar nadanya. Tangannya masih lincah mengemas kerusi dan meja.
Pergerakkan Syakir bagai terkunci, 'dugaan apa lagi yang perlu kau hadapi Umar?' Syakir merenung Umar. Dalam.
Sememangnya Umar punya sepupu perempuan yang juga turut tusyen bersama mereka. sepupunya itu selalu mencari masalah dengan Umar. Ada sahaja yang mahu dikelahikan. Tapi, kali ini Umar mengalah. Ahh.. Mana mungkin aku menang dengan cucu kesayangan nenek..
*****************************************
Berdebar. Takut. Teruja.
Perasaannya bercampur baur. Tidak mahu kecewakan ayah.
Pengetua mula mengumumkan nama-nama pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR. Enam orang pelajar naik ke pentas. Syakir juga berada di atas pentas itu. Dia juga diumumkan sebagai pelajar cemerlang kerana aktif bersukan sehingga peringkat kebangsaan dan keputusan 5A yang diperolehi. Pandangannya jatuh pada slip keputusan di tangan.
Pengetua mula mengumumkan nama-nama pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR. Enam orang pelajar naik ke pentas. Syakir juga berada di atas pentas itu. Dia juga diumumkan sebagai pelajar cemerlang kerana aktif bersukan sehingga peringkat kebangsaan dan keputusan 5A yang diperolehi. Pandangannya jatuh pada slip keputusan di tangan.
2A 3B
Bukan rezeki aku. Umar cuba memujuk hati.
Bukan rezeki aku. Umar cuba memujuk hati.
Tiba-tiba, terasa ada yang menyentuh bahunya. Dia tahu siapa.
"Tahniah! aku dah agak dah kau akan dapat 5A" perlahan-lahan dia mengangkat muka. Cuba mengoyakkan senyuman. Hambar. Sedihnya tak dapat dibendung. Jelas kelihatan.
"Alhamdulillah. Rezeki aku. Tahniah pada kau juga! Janganlah sedih. Ada juga A jugak apa. Insyaallah satu hari nanti rezeki kau pula" Syakir cuba menenangkan hati sahabatnya. Dia tahu sahabatnya itu sedih. Dia tidak mahu sahabatnya itu berasa rendah diri. Baginya, ada saham yang Umar sumbang dalam keputusan cemerlangnya itu.
"Insyaallah. Kalau suatu hari tu ada untuk aku" Umar cuba ketawa. Tak mahu spoil kan mood kegembiraan sahabatnya.Hambar.
"Alhamdulillah. Rezeki aku. Tahniah pada kau juga! Janganlah sedih. Ada juga A jugak apa. Insyaallah satu hari nanti rezeki kau pula" Syakir cuba menenangkan hati sahabatnya. Dia tahu sahabatnya itu sedih. Dia tidak mahu sahabatnya itu berasa rendah diri. Baginya, ada saham yang Umar sumbang dalam keputusan cemerlangnya itu.
"Insyaallah. Kalau suatu hari tu ada untuk aku" Umar cuba ketawa. Tak mahu spoil kan mood kegembiraan sahabatnya.Hambar.
Umar tersenyum nipis. Kau memang sangat rendah diri Syakir.
Ya. Umarlah insan yang ajarnya cara paling mudah dan ringkas untuk menyelesaikan masalah matematik. Pada mulanya, Syakir tak faham langsung bagaimana mahu menyelesaikan masalah matematik itu. Umar yang mengajarnya sehingga faham. Cuma, mungkin bukan rezeki Umar pada subjek yang lain. Tabahlah wahai Umar.
*********************************
Cuti sekolah yang dinanti akhirnya tiba. Ada yang bercuti bersama keluarga. Ada yang pulang ke kampung.Umar hanya duduk di rumah dan menjalani rutin harian seperti biasa. Syakir pergi bercuti bersama keluarganya. Ahh beruntungnya kau Syakir..
Umar juga seperti kanak-kanak yang lain. Mahu bermain dan seronok. Dia mula merancang bersama beberapa rakan yang lain untuk mendaki gunung dan bermandi manda.
*************************************
Sedang mengemas baju-baju untuk di 'pack', Samsung Tablet 3 bergetar. Tanda ada message daripada aplikasi Whatsapp.
Syakir mencapai tablet nya.
Syakir mencapai tablet nya.
Nazran
'Umar sakit. Sekarang ada di hospital '
Me'Umar sakit apa?'
Nazran'Tak tau lagi.'
Me
'Innalillah.. aku tak tahu pun.'
Afiq
'Dia dah sakit lama dah. Tapi tak nak pergi hospital. Baru je masuk hospital ni.'
Tabletnya dipandang sepi. Sejak cuti, jarang sekali dia berjumpa Umar. Syakir terlalu sibuk dengan latihan hoki dan tournament sehingga kebajikan sahabatnya itu tidak sempat dipeduli. Umar.. maafkan aku.
Tabletnya kembali diletak disisi. Kerja-kerja mengemas baju untuk dibawa ke tournament di Perak yang tertangguh,diteruskan. Tapi mindanya terus merisaukan keadaan sahabatya itu.
Insyaallah balik dari Perak nanti aku ziarah kau ye Umar.
Syakir tekad!
**********************************
"Rehat dulu oi!! Penat!" nafas yang laju mula diatur perlahan.
Air dicapai lalu diteguk rakus. Terlalu lama berlatih di atas padang membuatkannya lelah. Esok perlawanan akhir. Sebagai striker dia perlu 'all out' untuk menyumbang gol kemenangan.
Sementara menunggu masuk padang, Samsung Tablet 3 dibawa keluar.
Mobile data on.
Notification dari aplikasi WhatsApp beratur minta dibaca. Tapi, message dari group kelasnya menarik perhatian. Di scroll perlahan.
Aliya
'Aku dengar Umar masuk Hospital Besar. betul ke?'
Syukri M
'Aah. Dia kena transfer ke Hospital Besar. Doktor dah sahkan dia memang dijangkiti kuman kencing tikus dan denggi berdarah'
Iqbal
'Teruk ke? Sampai ke Hospital Besar pulak.'
Nazran
'Teruk.'
Me
'Kau g tengok Umar ke?'
Nazran
'Ingat nak g esok'
Me
'Kirim salam weyh. Balik dari tournament aku ziarah dia. insyaallah'
Fokusnya terganggu. Memikirkan sahabat yang sedang bertarung nyawa. Apa yang dia mahu, mahu pulang cepat da bertemu dengan sahabatnya itu.
******************************************
Bacaan ayat suci Al Quran memenuhi ruang. Suasana sayu menyelubungi.
Syakir dan kawan-kawan yang lain membaca surah Yassin dengan syahdu. Hajatnya mahu tertemu Umar Allah makbulkan. Tapi hanya bertemu jasad. Roh Umar sudah dibawa pergi petang semalam.
Dia hanya duduk di sisi Umar bersama adik Umar, Yusuf. Memerhatikan Umar. Memohon doa dalam hati.
Mengapa budak sebaik Umar Allah ambil nyawanya terlebih dahulu?
"Nanti Umar tak sekolah menengah kat TBS tau. Dia sekolah kat syurga.." kata Yussuf.
Tubir mata Syakir mulai bergenang. Perlahan-lahan cairan jernih membasahi pipi. Kehilangan sahabat sebaik Umar sangat dirasai.
Dia tidak sempat bertemu sahabatnya itu sebelum meninggal dunia. Rupa-rupanya Umar sudah dua minggu demam semenjak balik dari bermandi manda di kolam Gunung. Tapi Umar tidak mahu ke hospital.
Bibir Umar mulai pecah-pecah. Keadaannya mulai lemah dan teruk.
"Umar, pergilah hospital. kalau tak nak pergi hospital kerajaan, pakcik hantar ke klinik swasta dulu. Kita buat pemeriksaan dulu. teruk sangat dah ni" pakcik Umar mencuba nasib.
Umar setuju untuk menjalani pemeriksaan di klinik swasta. Kemudian doktor mengatakanUmar perlu mendapatkan rawatan lanjutan di hospital kerana ujian darahnya menunjukan dia positif denggi berdarah dan kencing tikus.
Dalam perjalanan dari Perak ke Negeri sembilan, Syakir mendapat berita keadaan Umar semakin tenat. Kuman sudah merebak keseluruh organ.
Nazran
'Doakan Umar. Umar dah tenat.'
Sekeping gambar dihantar. Kelihatan Umar terlantar lemah. Berselirat wayar pada badan Umar. Beratnya ujian kau Umar.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
________________________________
Dikejauhan Syakir melihat seorang wanita mendekati jenazah Umar. Diusap lembut wajah Umar. Syakir dan Yusuf yang masih setia di sisi jenazah, hanya memerhati. Yusuf juga tidak memberi reaksi.
Ibu Umar. Ya itu ibu Umar. Akhirnya Umar bertemu juga dengan ibunya. Allah makbulkan hajat Umar walau dengan jasad kosong tanpa roh. Ibu kau datang, Umar. Syakir tersenyum kelat.
____________________
"Tahniah! aku dah agak dah kau akan dapat 5A" perlahan-lahan dia mengangkat muka. Cuba mengoyakkan senyuman. Hambar. Sedihnya tak dapat dibendung. Jelas kelihatan.
"Alhamdulillah. Rezeki aku. Tahniah pada kau juga! Janganlah sedih. Ada juga A jugak apa. Insyaallah satu hari nanti rezeki kau pula"
"Insyaallah. Kalau suatu hari tu ada untuk aku"
Tak sangka tiada lagi 'suatu hari untuk' Umar. Allah sayangkan Umar. Allah mahu Umar terlebih dahulu masuk syurga.
Sudah 2 minggu berlalu. Harini Syakir akan mulakan kehidupan baru di sebuah sekolah sains. Tiada tawa Umar. Hanya kenangan pahit manis yang boleh dikenang.
Dia merebahkan badan menelentang atas rumput. Pandangannya meluas ke awan biru. Kaki disilang. Angin petang yang damai membawa 1001 kenangan. Bibirnya mengoyakkan senyuman. Bagai wajah Umar yang menjelma di dada langit.
'Mak aku kata, kalau budak-budak meninggal , kita masuk syurga. Lagipun kau budak baik. Kau tunggu aku di syurga ya.'
2 comments:
Awesome kak ;)
abg sllu crite pasal awah dgn adk tp tak sgke 2mggu lpas tu dgr yg dye dh tade. al-fatihah
Post a Comment