Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...
Subhanallah
Permulaan Baru.
Alhamdulillah, saya sudah 2 minggu bergelar mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia, USIM. Sebagai pelajar Tamhidi Sains dan Teknologi, saya perlu ambil subjek teras sains dan beberapa subjek wajib universiti. Biologi, Chemistry, Physics, Math, ICT, English, B.Arab, and Quranic Hadith. Boleh saya katakan 60% pelajar tamhidi berasal daripada KELANTAN dan TERENGGANU! I`am proud to be 'anak watan' Negeri Sembilan. hee~ :)
Saya suka jugak la mendekati rakan-rakan yang asal dari utara dan timur ni. Sebab suka sangat dengar longhat diorang. :)
Universiti Sains Islam Malaysia :) |
Minggu Taaruf a.k.a 'minggu makan free' agak memenatkan. Bertaaruf dengan lecturer, USIM, makes new friends, talk yang tak sudah. Yang bosan main-main Bluethooth. Sampai masuk nama Bluethooth muslimin 'Yakinlah Aku Menjemputmu' dalam phone sahabat saya.haha. Lucu sungguh. Ketawa sakan kami ketawa kat rumah dengar cerita sahabat saya.Tapi, talk paling saya suka mengenai 'Adab Al-Ikhtilaf' disampaikan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Syukor. Bagi saya, sesiapa yang tidur masa talk ni, memang sangat-sangat rugi. Hakikatnya, kalau tengok bahagian depan (muslimin) ramia dah tak de kepala. Sorok dalam baju mungkin. Malu kut. Husnu zhon.. :p
Mungkin tajuk ni agak berat untuk dihadam oleh remaja seusia saya. Melainkan orang tu punya minat yang mendalam dalam ilmu fikh. Prof tu pun kata:
"Saya pun tak tahu kenapa tajuk ni dibentangkan pada kamu semua. Sebab tajuk ni agak berat pada kamu yang masih baru lagi..."Tapi, pada saya TAK! Perkara ni perlu diterangkan pada kami agar tidak berlaku perbalahan dan perpecahan antara pelajar, taksub dengan fahaman dan sebagainya. Well done kepada senior JPPP yang menjayakan Minggu taaruf kami.
Minggu kedua kami dah mula kuliah. Hari pertama memang agak kelam kabut semuanya. Mana nak cari dewan kuliah lagi, nak beli buku lagi,berkejar nak pergi class dari fakulti lain ke fakulti lain. Memang bersa'ie jugak lah kami seharian. Sebab jadual hari isnin memang agak pack. Nasib la tak start masuk tutorial dan lab lagi. Tu belum campur dengan yang tersalah masuk class lagi. Buka je pintu dewan kuliah, chakkkk!! Semua mata tertumpu kepada si Pembuka pintu. Oke. Malu. hee~ Tapi rasanya perkara ni hanya berlaku minggu-minggu awal ni je. Maklumlah excited nak masuk class. :p
Pusat Tamhidi , kami second batch yang guna. :) |
Minggu Taaruf di Stadium tertutup Nilai. |
Naib Canselor USIM bersama cucunda. :) |
Fasa Baru, Dunia Baru.
OKE. Enough intro. Saja nak kongsi pengalaman. Tapi itu bukanlah hadaf sebenar entry ni ditulis.
Setelah 2 minggu berada di universiti ni, baru saya dapat rasa bezanya sekolah dengan universit ni. Dress code suka hati. Fesyen? on je! As long as tutup aurat. Insyaallah kat USIM ni anda takkan nampak orang free hair, yang vouge tahap dewa, bersosial sangat (ade je yang tak berapa jaga ikhtilat,tapi tak sampai bertepuk tampar la).
Solat jemaah tak de orang akan paksa. Tak solat pun tak de orang nak rotan. Masa ni la boleh nampak keberkesanan tarbiah masa sekolah dulu. Kalau kat musolla tu boleh kira berapa orang je datang. Sibuk sangat ke? Entah. Mungkin pergi majlis ta'lim kut. Husnu zhon~
Kalau tak baca Quran, tak de sesiapa nak check. Nak bangun qiam? Lagi lah. Kalau nak bangun pukul 8 pun tak de orang nak bising. Semua nya terpulang kat diri kita sendiri.
Nak mengedik? Bercouple? Memang tak de orang yang akan kantoikan. Kalau kantoi pun, takkan nak suruh Dekan rotan kut? Sanding kat dataran? Memang takkan berlaku lah. Sebab tak de dalam peraturan pun. Kecuali kes-kes berat. Baru kena.
Kesimpulannya, sekarang ni zaman untuk kita aplikasi ilmu yang kita ada. Keberkesanan tarbiah masa kecil sehingga zaman sekolah dapat dilihat sekarang. Tak salah pun nak fesyen-fesyen asalkan ikut syariat. Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qadrawi meraikan perkara baru selagi tak langgar syariat. Tapi saya lebih suka pilih untuk sederhana. Qanaah. Tak menjadi perhatian kepada yang melihat.
Mencari Hikmah Agar Redha.
''Ya ALLAH, kenapalah aku dapat tinggkat lima ni? rasanya, cukup bulan kena ganti lain screw kaki ni..''
'' Asal tak buat kat Shah Alam je kolej kediaman ni? boleh jalan-jalan sebelum sampai kampus... " dengan nada sarcastic!
"agak-agak sebelum musim tengkujuh bas ni datang tak?"Ni adalah antara rungutan hati kecil saya sewaktu hari pertama di USIM. Saya dapat tingkat lima. Kesian pada ibu dan ayah saya kena panjat tingkat lima untuk tolong angkat barang-barang saya. Tiap-tiap hari akan bermandi peluh turun naik tangga ni. Kolej kediaman pula jauh sangat dari kampus. Ambil masa 15-20 minit untuk sampai. Bayangkan dah turun tangga dari tinggat lima. Tunggu bas. Naik bas selama 15-20 minit. Kalau dapat duduk alhamdulillah. Kalau tak, memang kaki auto je break dance.hee~
Tapi, tazkirah daripada kakak JAKSA di Musolla pada suatu malam, membuka mata dan hati saya. Perkara yang ditekankan nampak ringan tapi sebenarnya, penghayatannya sukar untuk kita amalkan. HIKMAH dan REDHA. Kita kena bersyukur dengan apa yang ALLAH bagi pada kita. Nilai ujian yang ALLAH bagi pada kita sangat sedikit berbanding nikmatnya yang melimpah ruah. Bila kita sentiasa rasa syukur, bererti kita redha dengan pemberianNYA. Maka, carilah hikmah, agar redha menyusul.
REDHA. Itu prinsip hidup saya. Tapi saya lupa untuk kaitkan syukur untuk dapatkan redha. Ya! Saya perlu banyak belajar. Perlu banyak diingati. Agar lebih menjaga hati buat Sang Pemberi Nikmat dan Ujian. Saya mula nampak, yang ALLAH tentukan saya ditingkat lima agar uji keimanan saya. Sanggup tak saya turun ke musollah setiap malam. Ya. Ini ujian buat saya dan sahabat. Saya sangat berharap dan berdoa agar kami istiqamah. Saya dapat bayangkan alangkah gembiranya syaitan apabila saya mengeluh penat untuk ke musolla nanti. Nauzubillah.. ALLAH uji lagi sabar dan ukhwah saya dan sahabat dengan penantian. Benarlah orang kata. Penantian itu satu penyeksaan. Menanti bas tiba,berebut naik bas. Bagaimana pelaksaan hak sebagai sahabat. Adakah saya ithsar? atau pentingkan diri sendiri. Semuanya teruji. Hanya istighfar dan zikir sepanjang jalan yang boleh redakan hati, agar sentiasa mencari hikmah agar saya redha dan diredhai ALLAH.
KONKLUSINYA:
Semuanya bermula dengan aqidah. Hayati aqidah yang sebenar. Baru kita rasa yang kita ni hamba. Hidup hanya berihsankan redhaNya semata. Nak buat apa-apa pun akan fikir boleh murka atau redha? Hayati aqidah sebenar. Baru langkah kita tak tempang dalam menyelusuri expedisi menuju insan kamil.
Dalam hidup ni ALLAH bagi peluang untuk kita pilih. Ketakwaan atau kefasikkan? Beruntung bagi yang mensucikan Agama ALLAH. Dan rugi bagi yang mengotorinya. Bertepatan dalam lagu Demi Matahari nyanyian Snada yang menterjemahkan maksud Surah As-Syam.
3 comments:
Tahniah akk,..seronok je bunyi,..
hee,.
thanks dik. seronok lah juga. nanti meh masuk USIM! :)
dulu sehah tak berapa minat nak buka blog org termasuk la blog sahabt kesayangan sehah yg sorg ni. tersenyum2 sehah baca, maklumla pencerita tak da di dpn mata.. semestinya rindu bertandang di jiwa,, moga rencah persahabtn kita ni bertambah istimewa,,semestinya kerana Khaliq ya,,
p/s : waaa "yakinla aku menjemputmu".. lucu!! tapi itu yg mengagumkan,, tak ramai yg terfikir.. oke la,, moga Allah jaga kamu dan sentiasa bersamamu kerna aku tak mampu seperti khaliqku,, hehe... me tumse pyar kartihu lillah
Post a Comment