Manisnya Ukhwah, -,-
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (QS. Al Hujuraat: 10)Silaturahmi atau Silaturahim?
Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan Islam adalah salah satu aspek yang vital dan sangat ditekankan di dalam ajaran agama Islam. Begitu banyak anjuran dan perintah yang menyerukan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan antar sesama umat Islam, dan banyak pula larangan untuk memutuskan tali persaudaraan di dalam Islam. Semua itu telah disampaikan di dalam ajaran agama Islam, baik melalui firman Allah swt di dalam Al Quran maupun melalui sabda Rasulullah saw di dalam Al Hadits. Namun, terdapat sedikit kekeliruan istilah yang berlaku dalam kalangan masyarat kotemporari kini. Mungkin ada yang sudah tahu maslahat ini. Namun saya yakin, yang tidak mengetahuinya lebih ramai berbandaing yang mengetahui. Oleh itu, ingin saya panjangkan sedikit ilmu ini bersama sekalian pembaca yang sudi singgah di blog saya. :)
"oleh itu, kita perlu merapatkan hubungan silaturahim sesama kita...."
Kita selalu dengar satu ayat cliche ni dalam karangan, article , mahupun di majlis-majlis ilmu. Tapi sebenarnya, perkataan SILATURAHIM itu tidak wujud !
Yang ada hanya perkataan SILATURAHMI !
Setelah melakukan sedikit survey di laman sesawang MB<muka buku>,saya mendapati 97% yang tidak mengetahui perihal ini. Justeru, saya terpanggil untuk menyebarkan ilmu yang tidak seberapa ini kepada sahabat2 semua.
Rasulullah juga pernah bersabda, “Tidak ada satu kebaikan pun yang pahalanya lebih cepat diperoleh daripada silaturahmi, dan tidak ada satu dosapun yang adzabnya lebih cepat diperoleh di dunia, disamping akan diperoleh di akherat, melebihi kezaliman dan memutuskan tali silaturahmi.”
Dalam sebuah riwayat lain, dari Anas ra, ia berkata bahwa Rasullah saw bersabda, “Barangsiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dilamakan bekas telapak kakinya (dipanjangkan umurnya), hendaknya ia menyambung tali silaturahmi. (HR. Mutafaq ‘alaih)Silaturahmi jika ditranslate secara baku ialah "hubungan rahim" . Maksudnya disini, istilah silaturahmi ini hanya sesuai diungkapkan kepada seseorang yang berkongsi rahim dengan kita. siapa mereka? Mereka ialah saudara-mara kita. Kita dahulunya datang dari satu rahim. Iaitu rahim Hawa.
KONKLUSINYA
Oleh itu, hendak saya tekankan disini, kita perlu betulkan yang biasa, dan biasakan yang berlaku. Asimilasi bahasa berlaku menyebabkan perkataan ini bertukar makna asalnya dan sebutannya.
No comments:
Post a Comment