Followers

Thursday, 19 January 2012

Mengenai Haid Wanita.



Assalamualaikum..
Yang di Agungkan Yang Mencipta insan kerdil ini, Yang di-awla-kan Insan yang dicipta dengan kemuliaan, Rasulullah s.w.t, para Anbia`, kaum kerabat serta para sahabat baginda, yang dihargai sahabat-sahabat yang menghargai hasil blog ini. :)


Baru-baru ni saya menghadiri satu daurah di Baitul Qurro` wal Fuqaha. Kami berkesempatan talaqi kitab Kharidah Al-Bahiyyah dan Safinatun Najah. Actually, saya lebih cenderung untuk membincangkan kitab Safinatun Najah pada kali ini<gaye penah bincang kitab lain je>.  Untuk entry kali ni, kita mulakan dulu mengenai Haid dan Nifas. Antara salah satu penyebab wanita senang masuk neraka dan senang masuk neraka adalah bergantung kepada kefahaman dan amalannya tentang putaran haid yang betul!


Oke! Awalan, kita berkenalan dulu anugerah ALLAH yang satu ni..


APA ITU HAID??


Haid ialah darah kotor yang keluar daripada bahagian atas rahim (endometrium wall). Keluarnya haid bukan kerana sakit, tapi keluarnya dengan sihat (mengeluarkan darah kotor dibadan).
Bahagian atas dinding uterus.



Warna-warna Darah Haid
  • Hitam
  • Merah
  • Jingga
  • Coklat
  • Hijau
CIRI-CIRI DARAH HAID.

  1. Strukturnya pekat dan keluar berketul-ketul
  2. Terasa hangat kerana kepanasan darah
  3. Keluar dengan perlahan dan tidak mengalir seperti cairan biasa mengalir
  4. Baunya busuk dan kebiasaannya berwarna merah kehitaman.



TEMPOH HAID


Tempoh kebiasaan Haid:
-6-7 hari\ seminggu


Tempoh Maksima Haid : 
-15 Hari


Tempoh Minima Haid :
 -1 hari, 1 malam (secara berterusan)
 -24 Jam (jika darah keluar secara putus-putus)


Misalan;
1st day keluar 2 jam, 
2nd day keluar 3 jam,
maka perlu tunggu sehingga mencukupi shingga 24 jam baru dikira haid!


Andai kata untuk sehingga hari ke-15, masih belum mencukupi 24 jam, itu bukan HAID tapi ISTIHADHAH! Wajib mandi dan qada` balik solat-solat fardhu yang ditinggalkan.


Tempoh Minima antara 2 haid;
-15 hari suci
*jika darah keluar dalam tempoh 15 hari tu, darah tu dikira ISTIHADHAH!!


Tempoh Maksima/ Kebiasaan antara 2 haid;
-23 hari suci.
*jika kebiasaan darah keluar seminggu, dan selepas 15 hari keluar darah lagi, itu dikira HAID!



Permasalahan dan perbincangan haid dan suci akan dibincangkan dalam entry yg seterus nya..






No comments: