Followers

Monday, 16 January 2012

Menopause tak payah tutup aurat??!!

Assalamualaikum..
Segala puji buat Sang Pencipta, selawat dan salam buat Utusan Langit dan seluruh ahli kerabat, serta salam sejahtera buat semua penduduk bumi.



Note kali ini saya mahu share sesuatu yang mungkin boleh mengelirukan sahabiah-sahabiah sekalian.

 Pada satu petang, ketika saya bersama sahabat yang lain sedang mentelaah buku sambil bersantai, kami berborak sehingga keluar satu mauduk yang menarik perhatian saya. Ada sahabat saya kata "wanita yang sudah utus haidnya boleh buka aurat?". Sahabat saya ni pun kurang jelas tentang perkara ni. Sebab, menurutnya, dia dengar ni daripada ibunya. Sahabat saya kata ada dalil dalam al-quran. Saya cuba minta pendapat rakan-rakan yang lain. Dan kebnyakkan jawapan tu tak memuaskan hati kerana jawab ikut pendapat masing2. Almaklumlah, Saya baru first time dgr pasal perkara ni. Jadi sifat inkuiri tu membuak-buak. Tengah makan kat DM pun pikir pasal tu. Sampai je kat musolla, trus kol mak tersayang tanya pendapat. Alhamdulillah,penjelsan mak buat saya lebih tenang dari sebelumnya.Then, cari dalam Al-Quran tentang ayat tu. Dari surah An-Nisa` sampai lah jumpa kat surah An-nur. Dan semasa cuti ni saya buat sedikit research tentang perkara ni dan ada bertanya kepada beberapa orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Syukur Alhamdulillah penemuan saya memuasakan hati. So let i share with my beloved friends.
SURAH AN-NUR: 60

.... وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ الَّلَـتِى لاَ يَرْجُونَ نِكَاحا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَـتِ بِزِينَةٍ      وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ 

 (Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi  maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan merekadalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya, dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah lebih baik)

Kekeliruan..

Sahabiah yang dikasihi Allah,

Bagi semua wanita, tua dan muda tetap SAMA tak boleh buka aurat cuma maksud ayt ini ada KELONGGARAN bg wanita ini
ayat ini KHAS bg wanita TUA yg TIDAK LAGI BERKEINGINAN KAHWIN dan sudh sampai tahap MENOPAUSE
mengikut tafsir Attabari, ibnu jabir kata:
“wanita tua yang sudah tiada nafsu keinginan kepada hubungan jantina, ketika mana orang lelaki tidak lagi berminat kepada, maka diringankan kaedah menutup aurat keperingkat yang lebih mudah, tujuannya bagi meringankan bebenan yang mungkin memenatkan mereka

Ggolongan ini sudah diberi kelonggaran utk tidak terikat dgn arahan spt zaman remajanya seperti dibenarkan untuk pakai baju lengan pendek tudung singkat atau pendpt yg lebih exrtrem ialah dibenrkan tidak memakai tudung memadai hanya memakai serbus sahaja dan juga dibenrkan bersalaman dgn lelaki ajnabi yang baik.

 Ada bberapa alasan:

1. Kerana di usia ini, golongan ini mustahil utk melakukan perbuatan yg membangkitkan nafsu syahwatnya antara sebab kenapa islam haram persentuhan lelaki perempuan ialah kerana boleh membangkitkan syahwat lelaki.

2. Sebagai memudahkan perhubungan dia dgn org lain yg dilihat spt anak sndiri.


Maksudnya lg, hukum tetap TAK UBAH kewjipan tutup aurat adalah KEKAL cuma perlaksanaanya BERLAINAN. Ini tidak lain tidak bukan adalah kerna ingin KURANGKAN BEBAN golongan ini. Maklumlah dah tua mesti penat kalau nk menjaganya spt golongan muda. Betul tak?


Ada pendapat yang menyatakan yang boleh ditanggal itu ialah JILBAB dan RIDA`. Orang arab selalunya memakai Khimar dan jilbab. Maka yang yang di benarkan buka hanya jilbab dan rida`. Dalam konteks kita pada hari ini,kiranya warga emsa tu dibenarkan pakai tudung 
pendek atau menutup kepala rambut dengan kain (macam nenek2 buat tu). 


Selain tu ada juga yang berpendapat Wanita arab memakai  dua helai pakaian.pakaian pertama ialah pakaian menutup aurat seluruh tubuh meraka dan pakaian luar ialah pakaian luar yg menutup pakaian pertama.Yang tu la yg dimaksudkan.  Aurat TETAP WAJIB TUTUP!!

cth lain:
-kalau kita, usia macam ni kena pakai baju tidak nampak lengan
-tapi mereka boleh nmpk memdai pakai baju lengan pendek


cth lain ;
-mereka tak pe tak pakai stokin tp apa-apa pun, kalau mereka TETAP NAK TUTUP, itu LAGI BAIK
kerana apa? dunia skrg tak boleh jangka ada je kes wanita berusia lingkungan 60 ke atas, masih menjadi mangsa lelaki rakus.

Sebab ayat ALLAH habiskan ayat ini dengan mengatakan kalau mereka menutup aurat, itu lagi BAIK bagi mereka kerana Allah tahu perbuatan setiap hambnya. Ayat ini membuktikan bahwa Allah maha MENEGTAHUI segalanya.
Terbukti islam itu sempurna! SUBHANALLAH!! :)

Moga perkongsian yang tak seberapa ni dapat memperbetulkan balik tanggapan yang mengelirukan dikalangan kita. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul! Sebar-sebarkan. Moga dapat manfaatnya.




Rujukkan sampingan:
*http://www.al-azim.com/masjid/artikel_tafsir1.htm
*http://dzikriii.multiply.com/journal/item/29/Pengertian_Al-Hijab_bagi_Wanita?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
*http://thifalblog.wordpress.com/2011/05/29/jilbab-atau-khimar/

No comments: