Followers

Wednesday 16 May 2012

Fitrah vs Fitnah?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


In the Name of Allah the Most Beneficent, the Most Merciful. 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. I started my new entry...
Salam Ukhwah ,Penyambung Dakwah...





Sekian sudah lama tidak buat entry ilmiah sebegini,terasa tak tahu pulak
nak buat intro macam mana. :D
Baiklah, entry kali ini ialah hasil intreprasi permintaan dan cetusan 
idea kembar sahabat saya untuk mengulas sedikit 
mengenai FITRAH, FITNAH...


Credit to: Deviant Art :D

FITRAH


Fitrah didefinisikan sebagai sesuatu yang semula jadi wujud dalam diri manusia sejak azali mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia aitu sendiri.Setiap manusia itu dilahirkan dengan fitrah yang suci. Fitrahnya hanya mengharap kepada kebaikan,bukan keburukan. Dan fitrah itu sendri ialah ISLAM..Maka kufar yang memeluk Islam sebenarnya mereka bukan CONVERT tapi REVERT!. Mereka kembali kepda fitrah insani yang ingin kebenaran dan ketuhanan.

FITNAH

Skop fitnah pula luas. Fitnah dari percakapan, perlakuan, pengakuan dan sebagainya. 
Fitnah percakapan saya rasa semua sudah maklum bagaimana.

Fitnah perlakuan pula seperti melakukan sesuatu yang dapat menconteng arang pada sesebuah pihak lantaran perlakuan buruk kita. Namun hakikatnya, pihak itu bukanlah begitu. Pening? Misalan:

Ada seorang Muslim yang membuat letupan berani mati. Apa yang akan masyarat pandang (terutama non-muslim)? Pastinya mereka membuat spekulasi yang buruk terhadap agama Islam. Islam akan dicap TERRORIS! Maka, Muslim itu telah menjadi fitnah kepada Islam. Nauzubillah.. moga dijauhkan..

pelbagai lagi bentuk fitnah yang ada atas muka bumi ni. Segala yang baik, yang telah dicemari dngan sesuatu yang buruk, itulah FITNAH!

FITRAH vs FITNAH

Fitrah itu asalnya mulia. Namun, apabila cara pengandaliannya yang berlebihan dan tidak ikut syarak, maka ia akan mejadi fitnah buat diri, masyarakat, agama dan negara.
Sebagai contoh:
1) Ingin barang baharu dan cantik. Itu fitrah. Tapi, jika kita berbelanja sehingga membazir itu telah menjadi fitnah buat diri dan agama. Islam mengajar kita hidup bersederhana. Buat mengikut jejak syaitan laknatullah.

2) Cinta itu asalya sesuatu yang mulia. Tapi, manusia yang membuatkannya hina dan kotor. Sehingga cinta itu menjadi buta, tuli. Padahal, Allah telah nuzulkan kepada kita bagaimana mengurus cinta dalam Islam. Kepada siapa patut kita letakkan cinta. Atas dasar apa cinta disemai dan dibina. Semuanya islam telah ajar. Cuma kita saja yang membutakan mata, menulikan telinga. Yelahh,, sudah mabuk kepayang kentut pun wangi (ayat ma saya) =,='
Kesimpulannya:
Maka, sebagai insan yang masih dalam perjalanan menuju redha ALLAH, kita perlu sama-sama bijak mengurus fitrah agar tidak terfitnah. Fitrah itu indah jika kita nikmati atas hidangan iman dan takwa.

2 comments:

Amirah $enior said...

em,mcm mne pula jika t'dpt ssorg rkn ni,tnp menyelidik dlu,dye cerita kpd org laen yg sorg rknnye tlh b'ubh dri baik kpd krng baik..dan org yg mncritekn perihalnya, mngajak rkn yg laen utk menegurnya,.ttpi crenye sprti ckp blkng hgga pngthuan tuan empunya bdn dri pihak laen,..cm ne ea??

Miss Law said...

Maaf dik, baru perasan comment ni. Konsep nya mudah, bercakap hal org dikira mengumpat.
Bercakap hal orang dikira fitnah."
kalau tak pasti, dahulukan baik sangka. Ada Ulama' kata; "jika kamu melihat aib saudaramu, dahulukan uzur.sehingga 70 uzur."
Allahu akbar! betapa Islam tu nak jaga silaturahmi, dngan dahulukan baik sangka. Dan selemah-lemah ukhwah ialah dengan berbaik sangka.
Tapi, berperasaan je tak cukup. Usulkan sekali tindakan. Cuba adik slow talk dan tegur secara depan2. kalau buat 'halaqah' blakang dia, mmg jadi mengumpat la jadinya. tu kalau betul yg si dia benar2 berubah . kalau tak betul? Boleh jatuh fitnah dik. Nauzubillah. Wallah'alam.