Followers

Saturday 23 June 2012

Bersedialah saat aku menjemput mu.




Saat itu akan tiba
Entah bila
Entah dimana
Entah bagaimana
Itu semua rahsia Allah.
Aku hanya menanti
Saat itu dengan debaran hati
Teringat aku saat memberi janji
Apakah sudah aku tunaikan?
Apakah mampu aku berjalan tanpa tongkat RahmatMu?
Apakah syurga itu menjadi destinasi 
terakhirku sebagaimana ku bermula?
Aku terfikir
Apakah aku benar-benar sedia
Saat lamaranmu menyapa?
Apakah aku dapat bahagia bersama orang 
yang KAU kasihi di alam abadi sana?

UJIAN BUAT MU SAHABAT!

7 MEI 2012. Dua orang sahabat kami dikejarkan ke Hospital Ampuan Najihah, Seremban kerana terlibat dalam kemlangan motosikal. Kedua-duanya koma. Saudara Irsyad Atif dari Tamhidi Undand-undang dan Syariah di sahkan meninggal dunia pada 8 Mei, jam 9 malam. ALLAHU RABBI! Manakala saudara Zahirudddin masih koma sehingga hari ini dan masih di wad ICU. Runtun hati kami mendengar keadaan sahabat-sahabat ini. Pemergian allayarham sangat dirasai.  


TEGURAN ALLAH.


Pemergian saudara Irsyad Atif dan saudara Zahir yang mengalami kecederaan yang serius adalah teguran daripada ALLAH buat kita semua. Kadang-kadang kita merasakan mati itu jauh sangat dari kita. Ada tu yang beranggapan mati tu untuk orang tua saja. Mendengar saja khabar kematian saudara Irsyad Atif, saya sentap! Pada waktu itu, saya merasakan ajal itu hanya depan mata saja. Tunggu masa untuk menjemput. ALLAHU AKBAR! 


bersediakah kita saat ditanya tentang solat?


bersediakah saat ditanya tentang amalan?


Tepuk dada tanya iman.


INGAT MATI, HINDARI MAKSIAT.


Jika ada orang yang tanya saya macam mana nak constant jauhi maksiat? Saya jawab senang saja. INGAT MATI ! Bunyinya agak kasar dan menakutkan. Tapi itulah hakikatnya. ALLAH dah janjikan kita kematian itu sebelum kita ke alam rahim lagi. Dan kita masih terikat dengan janji itu. Oleh sebab, janji itu bakal ditagih bila-bila masa, maka kita perlu persiapkan diri. 


Firman ALLAH:


“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)
Sifir nya mudah.
Nak buat sesuatu fikirkan. Dapat redha atau murka? 
Kalau kita buat perkara tu, dan tiba-tiba ALLAH tarik nyawa kita time tu jugak, dapat syurga atau neraka?
Hidup ini lelah, kerana syurga itu indah.
perjalanan kita tidak dihampar carpet merah,
rata dan licin tanpa debu.
saat berada antara dua persimpangan,
pilihlah yang membawa REDHA bukan MURKA!


Mudah kan? Praktikal nya? hurrmm..
Tapi inilah yang cuba saya amalkan.


Bila sentiasa ingat mati ni, automatically kita akan rasa tawaduk pada ALLAH. Nak gelak banyak sangat pun sengan sebab dosa bertimbun. Nak buat maksiat pun dah bayang neraka dulu. Kalau solat lambat atau buat orang kecik hati pun akan rasa serba salah sampai maki-maki diri sendiri. Kalau dah lama tak baca quran, dah terbayang yang akhirat nanti quran tu pun tak nak bagi syafaat kat kita. 


Firman Allah:


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).
Konklusinya


Mati itu janji kita pada ALLAH. Bersedialah saat maut menjemput. Ingat mati hati tenang. Ingat mati update iman. Ingat mati jauh dari maksiat. Ingat, bahawa kita masih terikat pada janji itu. 

2 comments:

miSs aMz said...

insyaAllah....

azzuri said...

thanks for sharing....
tringat plak Steve Jobs nye quote yg bnyinye lbih kurang "mati adelah motivasi yg baik"...