Followers

Tuesday, 11 June 2013

Krisis Turkey...




Krisis di negara-negara Islam nampaknya tiada penghujung.
Lepas satu, satu..

Daripada zaman saya belum lahir, Palestine sudah dijajah oleh Zionis LaknatuAllah.Sehingga ke hari ini, tentera-tentera Zionis laknatullah secara konsisten dan berstrategi terus-menerus menindas umat Islam di Palestin. Nyawa manusia dah macam nyawa ayam. Melayang satu persatu. Tiada belas kasihan. Walau sekelumit cuma. Tiada hari yang aman tanpa gangguan dan provokasi daripada Israel.

Zaman hinggus masih meleleh, Iraq diserang.Kononnya rentetan peristiwa runtuhnya World Trade Centre (WTC). Islamophobia pula mula menular. 



Apabila sudah belia remaja, kebangkitan rakyat Libya menjadi inspirasi untuk negara-negara Islam yang lain mula berani menentang korupsi pepimpin negara. Tidak lama selepas itu Mesir pula. Alhamdulillah.. Dibawah pimpinan Pemimpin Ikhwah, Dr.Morsi, Mesir membersihkan kotoran jahiliyyah. Malangnya, masih tersisa karat jahiliyyah pada segelintir rakyat menyebabkan masih berlaku kekacauan yang tidak kesudah. Mesir masih belum stabil sepenuhnya. Adanya suara-suara protes menyuruh Presiden Mesir, Dr. Morsi meletak jawatan.


Bashar Al-asad 

Kemudian, bumi Anbia' Syria, pula bergolak.Keberanian kanak-kanak yang menconteng kami mahu jatuhkan kerajaan Al-Asad dinding kononnya menjadi punca. Berbunuhan sesama Islam. Hizbullah dan Iran dikatakan menjadi pendokong Bashar Al-Asad. Perang Syiah-Sunni ini bagai tiada solusi.

Dan kini, Turkey, sebuah negara Islam yang selama ini dipandang tinggi dan sering dijadikan contoh dan sebutan sebagai model negara Islam pula mengalami krisis dalam negara. Bertitik-tolak daripada pengumuman kerajaan untuk mengawal penjualan arak (BUKAN pengharaman) di sana, berlaku protes kecil-kecilan yang kemudiannya bertukar menjadi besar dan ganas. Pelbagai alasan digunakan untuk menjustifikasikan protes yang dibuat; isu alam sekitar lah, kerajaan tidak adillah, itulah inilah... Makar-makar jahat untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Recep Tayyib Erdogan.


Erdogan yang Macho Bergaya 

Walaupun krisis yang melanda Turkey tidak seteruk Etnik Rohingya mahupun Syria, tapi tidak mustahil untuk menjadi seteruk itu jika berterusan tanpa solusi dan tindakan.

Apa yang berlaku cukup menarik dan menghairankan pada masa yang sama. Kerajaan pimpinan Erdogan boleh dikatakan antara kerajaan terbaik yang ada pada masa moden ini, bukan sahaja dalam kalangan negara-negara Islam, malah di seluruh dunia! Turkey baharu sahaja selesai melangsaikan hutangnya dengan IMF, suatu kejayaan yang cukup membanggakan. Ekonominya cukup pesat membangun. Turkey yang tidak lama dahulu dilihat sebagai sebuah negara Eropah yang lemah dan tidak berdaya saing, kini mendapat penghormatan dan tabik spring daripada negara-negara Eropah yang lain.


Turkey yang dahulunya dikenali sebagai 'Lelaki Sakit Eropah' (Baca: The Sick Man of Europe) kini bermegah menjadi Lelaki Gagah Bergaya Eropah. Semuanya hasil pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, amanah dan bertanggungjawab oleh kerajaan Erdogan.


Dalam sebuah forum, Erdogan telah menyatakan pendirian tegasnya terhadap tindakan Israel yang membunuh rakyat Turkey pada misi Mavimara ke Palestin dan menolak untuk duduk bersama dengan Presiden Israel ketika itu, Shimon Peres. Juga pastinya imej wanita pertama Turkey, Emine Erdogan yang sanggup ke Myanmar untuk melihat sendiri penderitaan kaum Rohingya pernah terlekat di retina mata anda. Ketika itu, meski kita bukan rakyat Turkey, kita turut berbangga sama punya seorang pemimpin Islam sebegitu rupa.

Namun itu semua tidak dapat memuaskan hati segelintir pihak di Turki. Mereka yang dengki dan hasad melihat kejayaan kerajaan Islamik Erdogan memerintah Turkey, sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Erdogan dan konco-konconya. Selama lebih sepuluh tahun Erdogan memerintah, mereka tercari-cari ruang dan peluang untuk mereka memasukkan jarum-jarum mereka. Namun mereka gagal dan tidak berjaya, dek sokongan rakyat yang padu terhadap Erdogan, juga pemerintahannya yang adil dan menguntungkan rakyat.


Akhirnya mereka ketemu sebab untuk menyerang Erdogan, pada kencing syaitonirojim <yaakksss !> bernama arak. Semua jasa-jasa dan sumbangan kerajaan Erdogan kepada Turki selama ini seolah-olahnya tiada nilainya jika hendak dibandingkan dengan najis bernama arak itu.

Daripada isu arak, ia diperbesar-besarkan lagi apabila pihak polis bertindak keras terhadap para penunjuk perasaan. Ia mungkin kesilapan taktikal di pihak Erdogan, tetapi ia tetap tidak memberi justifikasi untuk para penunjuk perasaan bertindak sebegitu rupa. Kalau isu kerajaan korup ke, kerajaan tak bagi beli beras ke, kerajaan suka beli cincin ke <#eh!>, tidak mengapalah juga. Tapi ini disebabkan arak..? Whaddaa??!

Melihat kepada krisis yang berlaku kepada umat Islam pada hari ini, ada dua perkara besar yang dapat saya perhatikan.

Pertamanya, hipokrasi kuasa-kuasa besar dunia terutamanya Barat. Bagaimana mereka hanya akan membantu negara-negara yang tertindas dan bertindak sebagai polis dunia apabila ia akan menguntungkan mereka. Lihatlah Libya, bagaimana Muammar Gaddafi dijatuhkan dalam masa yang agak singkat. Dan kini lihat pula Syria, sudah berapa lama kebangkitan rakyat berlaku di sana dan Bashar masih kekal berkuasa.

Mengapa? Kerana Libya punya takungan minyak yang besar sedangkan Syria tiada apa-apa yang menarik untuk ditawarkan kepada dunia. Terbaru, apabila rejim Bashar laknatullah menggunakan gas saraf Sarin ke atas rakyatnya sendiri, untuk melumpuhkan perjuangan para mujahidin di sana. Perancis telah pon mengesahkan penggunaan gas itu. Dan apa kata Amerika?

"Kita perlukan bukti-bukti lanjut sebelum membuat keputusan dan mengambil tindakan."

Apa??!!

Nampak tak permainannya disitu? 


Keduanya, adalah kelemahan umat Islam secara berjemaah. Sungguh ironi bukan, apabila kita terpaksa mengharapkan belas ihsan dan bantuan negara-negara kafir, untuk menyelesaikan masalah umat Islam..? Kita menuding jari dan menyalahkan negara-negara Barat yang acuh-acuh dan tidak kisah dengan penderitaan dan kesengsaraan umat Islam di seluruh dunia. Anda tahu apa yang bermain dalam kepala otak mereka?

"Ada aku kisah...??"

Amekaw kau !

Apa tindakan kita sebagai umat Islam? Di mana Arab Saudi yang duitnya berkepuk-kepuk berguni-guni? Di mana UAE yang punya ribuan bangunan pencakar langit yan tinggi? Di mana Indonesia yang punya umat Islam paling ramai sekali? Di mana Pakistan yang sudah punya teknologi nukelar sendiri? Di mana Malaysia yang punya Perdana Menteri yang paling disayangi seluruh rakyatnya berbilang kaum dan negeri? #Eh!

Tiada penghinaan yang lebih besar apabila umat Islam tidak mampu untuk mempertahankan nasib saudara-saudaranya sendiri. Tiada kemalangan yang lebih dahsyat apabila ramainya umat Islam yang tidak kisah dan goyang kaki, tidak peduli dengan apa yang sedang berlaku kepada umatnya sendiri. Dan tiada bala bencana yang lebih besar apabila umat Islam tidak punya perisai dan senjata untuk melindungi dirinya sendiri daripada asakan dan serangan ganas musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari peluang untuk menghapuskan cahaya Ilahi!

No comments: