Assalamualaikum,,
Entry kali ni saya nak share satu sirah yang menjadi kekeliruan saya sendiri. Alhamdulillah, ALLAH pertemukan saya dengan buku tulisan Fatimah Syarha. Maka, Saya ulas kisah itu dalam entry kali ni. Entry ini merungkai kejernihan sirah mengenai Saidina Ali dan Saidatina Aisyah yang dikhabarkan berperang.
Kekacauan ini merebak sejak berlakunya pembunuhan ke atas Khalifah Uthman. Uthman dibunuh dengan kejam dan tragis kerana hasutan dan fitnah.Fitnah itu diapi-apikan oleh Abdullah Ibn Saba`, seorang yahudi.Dia brgerak dari Hijazz, Basrah, Kufah dan Syam bagi menimbulkan perpecahan dan salah faham.
Sekiranya anda pernah membaca tentang pembunuhan Uthman berpunca daripada konspirasi para sahabat seperti Talhah, Zubair, Aisyah dan lain-lain ia adalah DUSTA!! Mereka semua ialah sahabat yang mulia dan dekat dengan Rasulullah SAW di syurga. Banyak fakta yang disorok kerana ada campur tangan musuh dalam penulisan sejarah.
Bagaimana pembunuhan Uthman menyebabkan
Aisyah dan Ali berselisih faham?
Para sahabat dididik bagi berkasih syang kerana Allah . Mereka sentiasa menghidupkan hak-hak insan bersaudara. Tidak pernah terdetik pun dalam hati mereka untuk berperang sesama sendiri . Semua yang berlaku ini kerana perancangan jahat musuh yang menghantar mereka ke kancah perang dengan fitnah. Bukankah watak-watak yang terlibat dengan sejarah ini sahabat-sahabat yang dijamin syurga? Maka kita perlu berbaik sangka dengan mereka.
Setelah Uthman dibunuh,Ali dilantik menjadi khalifah. Suasana umat islam ketika itu berada dalam kekacauan, perpecahan, kesedihan, dan penuh kemarahan kepada pembunuh Uthman.
Para sahabat berbeza pendapat pada masa itu.Ada golongan yang mendesak supaya disegerakan hukuman kepada pembunuhan Uthman. Manakala golongan kedua meminta supaya ditangguhkan dahulu hukuman itu sehingga keadaan mengizinkan. Ini kerana golongan pemberontak yang membunuh Uthman agak kuat pengaruhnya ketika itu.
Golongan pemberontak ,iaitu pengikut Abdullah Bin Saba` semakin rancak menabur fitnah, kononnya Ali bersekongkol dengan mereka. Keterbatasan Komunikasi ketika itu menyulitkan lagi keadaan. Tiada telefon, e-mel, televisyen ataupun internet bagi menyalurkan maklumat yang sahih kepada rakyat.
Apabila desakan menghukum segera pembunuh Uthman ditangguhkan oleh Khalifah Ali, maka Aisyah , Talhah dan Zubair menuju ke Basrah dalam satu angkatan bagi mengumpulkan kekuatan. Mereka mahu bertindak menghukum golongan pemberontak yang membunuh Uthman. Ali bertindak menghantar utusan untuk bertanya untuk bertanya kepada Aisyah dengan penuh hormat akan tujuan rombongan itu ke Basrah. Aisyah menjelaskan bahawa dia hanya mahu membela kezaliman ke atas Uthman dan mengadakan perdamaian sesama mereka.
Utusan Ali menjelaskan, hasrat membunuh balas pembunuhan Uthman adalah
baik namun kesan kerosakannya lebih besar buat masa sekarang, kerana pemberontak dikelilingi kekuatan ribuan orang. Perlu menunggu masa yang sesuai sehingga kekuatan mereka dapat dilemahkan.
Hasil perbincangan itu, akhirnya, Aisyah, Zubair dan Talhah memberi janji setia kepada Ali. Aisyah pun menghantar wakilnya menemui Ali dan jelaskan tujuan mereka hendak berdamai. Mereka sangat gembira dengan perjanjian ini.
Ali bangun berkhutbah mengatakan bahawa esok beliau akan menemui Aisyah dan angkatannya untuk berdamai. Beliau melarang mana-mana golongan pemberontak mengikutinya. Golongan pemberontak menjadi takut kalau-kalau Aisyah dan Ali bersatu menyerang mereka. Lalu mereka berbincang sesama sendiri dan bertekad mencetuskan api peperangan antara Ali dan Aisyah.Pada saat itulah tercetusnya Perang Jamal. Kedua-dua pihak manjadi mangsa fitnah. Hakikatnya, pihak dalam kedua-dua belah pihak dalam kebenaran.
Maka kita perlu bersangka baik terhadap para sahabat nabi!!! Mereka insan mulia. Moga entry ini bermanfaat bagi saya dan anda juga mengenai sirah ini.
No comments:
Post a Comment