.....السلام عليكم
Wahai ikhwah...
Sesungguhnya ana ada beberapa perkara yang hendak diperkatakan di sini.
Dengarlah..
Ingatlah wahai muslimin, kami wanita tak perlukan wang ringit antum, kekayaan antum dan seala-galanya yang dunia dari antum semua. Yang kami perlukan KEBERANIAN antum membimbing kami ke jalan yang diredhai ALLAH!
Ana pernah dengar bahawa rijal yang mana tidak menunaikan tanggungjawab iaitu menjadi KETUA kepada wanita,,dia akan ditarik ke neraka walaupun rijal itu pada zahirnya seorang yang SOLEH!
*Seorang abang akan ditarik oleh adik perempuannya ke neraka jika dia tidak pernah menebur kekhilafan adiknya.
*Seorang ayah akan ditarik oleh anak perempuannya ke neraka jika dia tidak membimbing anaknya.
*Seorang ayah akan ditarik oleh isterinya jika tidak menguruskan hal ehwal isterinya.
*Seorang pemimpin akan ditarik oleh rakyatnya jika tidak menunaikan tanggunjawab sebagai pemimpin.
Itulah serba sedikit yang ana tahu sedangkan hakikatnya ana masih jahil selok belok agama.Antum perasan tak seorang abang,ayah, suami dan ketua semuanya ialah LELAKI! SAHIH?
Oleh sebab itu, antum semua jangan beri peluang kepada para Muslimat untuk lebih berilmu daripada antum. Lebih expert daripada antum dari semua aspek. Lebih berani tampil kehadapan daripada antum. Lebih yakin mengemukakan idea bernas. Kami tidak mahu antum 'control macho' di hadapan kami. Kami tidak mahu antum 'malu-malu kucing' dihadapan kami. Jadilah lelaki sehebat ABU BAKAR, seberani UMAR, selembut UTHMAN, dan berilmu seperti ALI. Binalah satu prinsip bahawa antum tidak akan beri apa-apa peluang untuk kami muslimat memperkotakkatikkan antum lagi.
BERANILAH wahai muslimin!!! BERANILAH!!
Ikhwah sekalian,,
Seorang rijal itu lebih dihormati kerana ketinggian akhlaknyadan keteguhan imannya. Bukan ddaripada rupa dan kebendaannya. Jadilah lelaki yang soleh dari hati bukannya soleh dari wajah. Bukan kami di sini saja tapi di luar sana masih ramai yang masih perlukan bantuan dan bimbingan antum sebaai Dai`e Allah.Masih ramai senaja seperti kita yang terjerumus ke lembah maksiat. Bimbinglah mereka sebelum kita semua ditarik ke neraka ketika hampir selangkah sahaja untuk masuk ke syurga. Oleh itu islahkan lah diri antum agar antum cukup kuat untuk mnghadapi mehnah dakwah.
Mungkin antum fikir antum semua masih tak matang lagi. Belum bersedia untuk memikul tanggungjawab ALLAH untuk memakmurkan muka bumi ALLAH ini.Ana tahu.. tapi realitinya budak lelaki berumur 11 tahun sudah baligh.. betul?
Jangan bersedia untuk jadi seorang yang matan apabila antum ingin berkahwin nanti. tapi bersedialah daripada sekarang. muhasahlah balik diri antum.. jadilah insan yanng bertakwa. Kerana insan terbaik di sisi Allah ialah insan yang bertakwa.
Antum masih ikuti lagi? ada sedikit lagi.. sabar....
Jangan kejarkan wanita-wanita di dunia ini kerana kami semua KOSONG! Namun tidak ternilai. Tak percaya? Ana boleh buktikan.Apabila di syurga nanti antum semua pasti melupakan kami. Antum akan lupakan teman wanita yang antum sanjung kecantinkkannya, adik perempuan yang antum sayangi, ibu yang antum kasihi, isteri yang paling antum cintai.Ini semua kerana antum ada wanita yang lebih cantik dari kami di sana. Antum tidak akan kenal lagi siapa kami. Malahan antum tidak akan terfikir untuk mencari kami kerana wanita di syurga jauh lebih hebat dari kami.. Bertuahnya antum...
Ingatlah wahai pendokong agama ALLAH,
Bentuklah akhlak yan terbaik mulai dari sekarang. kami perlukan bantuan antum, muslimin sekalian... janganlah biarkan kami terumbang-ambing. Tak salahkan kita salin mengingati antara satu sama lain? :)
Tinta yang terakhir buat muslimin semua,semoga antum berjaya menjadi entiti mithali yang terbaik di sisi ALLAH.. Sesungguhnya Ainul MArdhiah, bidadari terhebat sedang menanti antum yang soleh di syurga.
Insya`ALLAH....AMIN>>
1 comment:
salam , ikut yg sy faham , dosa ni sendiri2 tak tanggung dosa org lain tq 6:164 Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain[526]. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan."
Post a Comment