Followers

Friday 6 June 2014

Taklif.


 
"Aku tak layak untuk jawatan ini..."
"Kalau aku pegang, ia akan jadi fitnah kepada Islam..."

Ayat-ayat seperti ini yang selalu menjadi faktor dakwah kita rencat, lembab. Sebabnya apa? Takut?

Terutama org yg baru kenal dunia siyasah macam saya. Ini normal, dan setiap orang beriman akan mengalaminya. TAPI, kalau ayat ini selalu diungkap, tanpa usaha membaiki diri, buku tak baca, masjid tak pergi, selalu tengok movie, hanya tahu nak lari dari jawatan saja, sedarlah kita sedang diTIPU syaitan dan dikawal hawa nafsu!! Ingat, tipu daya syaitan sangatlah halus dan tidak akan berhenti. 

Jangan kita tutup satu dosa dengan dosa yg lain. Berdakwah itu wajib. Kita tak berdakwah, dah satu dosa besar. Lalu, takkan kita nak cipta satu dosa baru dengan menipu dan buat alasan untuk tidak berdakwah. Dosa besar sudah jadi dua. 


Dengan siapa kita mahu menipu dan buat alasan sebenarnya? 
Allah itu tuli ke? 
Buta ke? 

ASTAGFIRULLAH.. 

Jangan suka mencari alasan kerana ia sifat celaka. Kelak, Allah Taala guna balik alasan yang kita reka untuk dipanggang dalam neraka. 

Rasulullah takkan rela bermandi darah ketika di Thaif, Saidina Umar takkan rela ditusuk dengan pisau ketika solat dan Saidina Hamzah takkan rela dirobek jantung kalau dakwah itu tidak wajib. 

Janganlah lari. Dgn siapa kita nak takutkan? Dgn siapa kita nak malukan? 
Dengan manusia yang tahunya menghukum dan menilai seperti tahu semua? 
Dengan kawan-kawan yang kita rasa mereka lebih hebat dan layak?

Kita buat kerja kerana Allah. Kalau hati kita ikhlas, takkan timbul takut dan malu.
Biarpun merangkak. Allah suka kita hampiriNya dengan merangkak daripada kita berlari menjauhi Nya.

Inilah masalah yang saya pernah alami, sedang alami dan mungkin  akan mengalaminya pada waktu akan datang. Rasa rendah diri. Rasa terpaksa pikul taklifat itu dan ini tanpa rela. Hati meronta mahu lari dari semua ni, tapi sampai bila? 

Sehingga kita benar-benar bersedia?

Lalu, apa persediaan kita?

Benar, pemimpin itu akan dipersoalkan tentang tanggungjawabnya di hadapan Allah nanti. Tapi, jangan kerana omokan 'sebelah kaki di syurga, sebelah kaki di neraka' membuatkan kita rasa takut untuk pikul tanggungjawab . Jadikan lah jawatan itu sebagai wasilah untuk kumpul pahala sebanyak mungkin. Taklifat itu dakwah. Serakkan dakwah melalui taklifat itu. 

Allah Taala Maha Mengetahui dan tengok susah payah kita bangkit. 

Janganlah lari.. Hadap dengan berani!

1 comment:

Pencari maghfiratullah said...

all the best awak..insyaAllah kite sentiasa support awak dari setiap segi.. :)