Moga terus dalam hidayah dan irshad -NYA! |
Sempurnanya manusia kerana ibadahnya,
sempurnanya ibadah kerana solatnya,
sempunanya ibadah kerana niatnya,
sempurnanya niat kerana keikhlasannya,
sempurnanya ikhlas kerana agamanya,
sempurnanya agamanya kerana rasulnya,
sempurnanya rasul kerana risalahnya,
sempurnanya risalah kerana PENGATURNYA,
iaitu ALLAH `AZZA WAJALLA!!
Pemilik kerajaan langit dan bumi,
pemilik bumi dan seluruh isinya,
pemilik nikmat yang dipinjamkan buat hambanya,
pemilik hidayah yang didamba manusia,
pemilik hati setiap manusia....
Malahan pengatur yang Maha Hebat dalam merencana,
Mengatur kerajaan langit dengan teratur,
Bulan dan bintang saling akur,
Dengan sunahtullah yang telah diatur,
Tiada 'kemalangan' dilapor,
Mereka tidak pernah terlanjur,
Dalam kelakuan mahupun bertutur,
Sudah tabi`ie mereka dicipta begitu,
Sami`na wa atho`na setiap waktu,
Berlainan pula dengan penduduk bumi,
Nyawa dan hela nafas yang diberi,
Jarang sekali disyukuri,
Kufur nikmat semakin mendonmasi,
Sifat qanaah sudah terkubur mati,
Sunnah Rasulullah ditolak tepi,
Budaya kuning diangkat sebagai resmi,
Janji pada ALLAH sebelum alam rahim dimungkari,
Hadaf hidup kian dilupai,
Apabila hidup berkiblatkan duniawi,
Hukum ALLAH dianggap iffah liberalisasi,
Maksiat menjadi barah buat bumi,
Onarnya disana-sini,
Fitrah bertukar menjadi fitnah kerana gagal diawasi,
Materialistik menjadi lumrah insani,
Maksiat tidak mengenal siapa lagi,
Setiap heiraki menunjukkan taring,
Golongan lemah ditindas tanpa sekelumit humaniti,
Alim Ulama` bermati-matian menegakkan kalimah suci,
Namun, musuh tak pernah berdiam diri,
Syabab dipasak dengan pelbagai ideologi,
Lahirlah generasi hedonis,
Bumi yang sfera seperti bersegi,
Kerana umat Muhammadiyah diasak kanan dan kiri,
Keteguhan iman menjadi pagar diri,
Nyawa dan harta menjadi taruhan da`ie,
Agar kalimah Syahadah dapat ditegakkan walau apa pun yang terjadi,
Kemunculan UMAR alaf baru dinanti,
Moga kehadirannya membawa sinar buat penduduk bumi,
Seperti matahari yang tidak lelah menyuluh alam semesta ini,
Mengapa tidak bukan kita sahaja yang menjadi UMAR itu?
Ayuh saudaraku!
originalmasterpieces;
~Nursyazwanikhalid_940817~
No comments:
Post a Comment