Followers

Saturday, 23 July 2011

Tony Blair Akui Al-Quran Sumber Rujukan!

Moga dikurniakan hidayah!
LONDON: Mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair, terkenal dengan pendirian tegasnya untuk tidak bercakap mengenai agama. Bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan majalah Observer, dia tidak mampu untuk menyembunyikan bahawa Al-Quran, kitab pengangan umat Islam menjadi sumber rujukannya setiap hari. Malah mengakui kitab teersebut penuh dengan sumber informasi serta ,melaluinya dia mengetahui sebahagian daripada fenomena yang berlaku di dunia. Blair turut mengakui, pengetahuan  agama yang dipelajari dapat membantu nya menjalankan tugas sebagai utusan Asia Barat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Russia lebih-lebih lagi bertujuan membantu keamanan antara Palestin dan Israel. Blair turut memuji Islam sebagai sebuah agama yang indah dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai penggerak dunia bertamadun. SUBHANALLAH!

No comments: