Followers

Showing posts with label Motivasi?. Show all posts
Showing posts with label Motivasi?. Show all posts

Sunday, 30 September 2012

1 Litter of Tears.



Assalamualaikum..

Dah lama sangat tak update blog ni.
Sebab tak de bende nak share. 
Cuma hari ni nak share satu drama Jepun yang saya baru tengok
<padahal drama ni dah lama kut>
 1 Litter of Tears.



Sue me! Memang masa tengok cerita ni asyik tadah 
air mata je, tak sempat nak sukat je.
Wondering jugak kalau2 sampai 1 Litter of Tears ke kan? :p

Kenapa agaknya saya teringin sangat nak share drama
 ni dengan sahabat semua?


 1) Spinocerebellar Degeneration

 Aya Ikeuchi menghidapi penyakit  spinocerebellar degeneration pada umur seawal 15 tahun. Ketika dia officially disahkan menghidap penyakit tersebut, dia baru sahaja diterima masuk ke High School yang agak berprestij dan pemain basketball yang hebat. 

Cuba bayangkan apa perasan kita bila kita dapat tahu kita ada penyakit yang tak dapat diubati, akan kehilangan satu demi satu keupayaan dan kesudahannya akan mati ketika kita sedang melalui detik-detik kegemilangan?

2) Friendship

Aya kehilangan satu demi satu keupayaan diri. Dia sudah tak boleh berjalan dengan sempurna. Ketika ini, ramai yang sudi hulurkan bantuan. Namun,ada juga golongan yang rasa terbeban dengan kekurangan Aya. Yang setia disisi hanyalah dua sahabat perempuannya dan seorang HERO!! Ketika semua pihak sibuk ingin mengeluarkan si-pelajar-pintar Aya, Ibunya tersepit antara keperluan dan kehendak Aya. Aya perlukan sekolah yang mempunyai fasilities orang kurang upaya, tapi Aya berkeras mahu menyambung pelajarannya di high school tersebut.

3) Familyship

Pada peringkat awal, parents Aya merahsiakan penyakit Aya daripada seluruh keluarganya semasuk Aya sendri. Setelah semua ahli keluarganya tahu penyakit Aya, hubungan mereka sekeluarga menjadi sangat rapat. Adik perempuannya, yang dulunya dingin terhadap Aya dan keluarga, menjadi semakin penyayang dan sangat bangga dengan Aya. 

Adik perempuannya juga, beruasaha belajar bersungguh untuk mendapat tempat di sekolah high school kakaknya, Aya. Dia bercita-cita untuk mengambung cita-cita kakaknya.

4) Cita-cita

Aya bercita-cita untuk menjadi seorang yang berguna dan dapat membantu orang lain. Tetapi, kekurang fizikal tidak membataskannya. Tanpa tidak disedari, dia telah menyumbang sesuatu yang sangat luar biasa kepada masyarakat. SEMANGAT. Ya, dia menyuntik semangat masyarakat dengan penulisan diarinya. Diari tersebut ditulis sejak dia mula sakit sehingga hujung hayatnya. Walaupun tangannya sudah tidak mampu memengang pena, tapi digagahkan juga supaya kisah nya tidak terkubur begitu sahaja. Katanya, diari itu sebagai bukti bahawa dia pernah hidup di dunia ini. Diari itu kemudiannya, di publishkan oleh guru nya sendiri. Ramai yang terinpirasi dengan corentan hidupnya. 

Kisah ni adalah kisah benar yang diadaptasi daripada
sebuah diary entitle: '1 LITTER OF TEARS'.

Moga kita dihindarkan penyakit seperti ini.

Cuba kita selak sirah Nubuwah. 
Nabi Allah Ayyub alaihisalam. 
Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah S.W.T. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah S.W.T lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Mengenai pelbagai ujian itu Allah S.W.T berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah di sebalik kedukaan ujian yang melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.
Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan di atas amalan yang dilakukan.
"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hamba-Mu yang daif dan lemah."
"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."



Thursday, 2 February 2012

LangitIlahi TVShow ep.3

Assalamualaikum...
Memandangkan sambutan sangat mengalakan apabila
saya menyambung episod LangitIlahi TVShow dalam entry saya,
maka, dengan besar hatinya, saya akan teruskan menyambung video ini. 
Plus, sekarang saya sedang buat sedikit research untuk buat satu article
atas permintaan sahabat saya.
So, enjoy the video~

Bagaimana? terkesan? atau tak de feeling?
Sahabat-sahabat yang saya muliakan, seperti mana yang dinyatakan
di dalam video tadi, dunia ini adalah satu hamparan
supaya kita beribadah kpada ALLAH. Bukannya hidup berkiblatkan
material semata.
Kadang kala kita lupa tugas kita sebagai hamba,
sehingga terlupa adanya hari PEMBALASAN..


“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’: 25) 
  

Monday, 30 January 2012

LangitIlahi TVShow

Assalamualaikum..
Memandangkan ada permintaan untuk menyambung episod LangitIlagi TVShow dalam entry saya, maka dengan bermodalkan kemalasan yang melampau dan kekeringan idea untuk buat entry lain, maka dengan senang hati saya menyambung video tu. :D


Ermm,, komen? 
Maka, jangan lah kita mencampuri urusan harian kita 
antara yang haq dan batil.
Nanti jadi macam air oren yang dicampur coffee tu.
Tak sedap dan rasanya amat memualkan.
<walaupun tak pernah cuba, tapi masih boleh bayangkan>

“Sesunggunya Sesembahan kalian adalah sesembahan yang esa, barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Robbnya maka hendaklah ia beramal ibadah dengan amalan yang soleh dan tidak menyekutukan Robbnya dalam amal ibadahnya dengan suatu apa pun
.(QS : Al Kahfi: 110).

Saturday, 28 January 2012

LangitIllahi TV show!

Assalamualaikum..
Entry kali ni saya nak share video LangitIlahi TV show Ep.1  yang dikendali oleh abang  Hilal Asyraf  <My fav author>. Alhamdulillah saya sudah mengikuti hampir separuh LangitIlahi TV show. Comment?? Triple THUMB UP!!! Memang sangat bermanfaat. Alang-alang sudah lama tak menulis akibat kekangan waktu dan keadaan, saya hanya sempat share entry ni je la.. 
:)
Enjoy the video!!

Macam mana? best tak? erm,, insyaallah video lain akan menyusul <jika idea kering untuk buat entry ilmiah yg lain :P>

Moga anda juga dapat buka hati untuk menerima karya dan hasil penulisan saya yang tak seberapa dalam blog ni.. 
MOGA ALLAH REDHA  :D

Thursday, 22 December 2011

Pengalaman?

Assalamualaikum buat pembaca yang setia menatap blog serba ringkas ini,, :)

Sudah lama rasanya tidak update blog. FUHH~~ berhabuk sudah! :)

Alhamdulillah, saya baru sahaja menamatkan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Maka dengan itu, berakhir jugalah zaman persekolahan saya. Banyak yang dapat saya kutip sebagai pengalaman hidup. Masa remaja<persekolahan sebenarnya> itu sangatlah berharga. Maka, adik-adik diluar sana hargainya dan jangan mengeluh mahu cepat keluar dari zaman persekolahan.<sepertimana yang saya buat dulu :P>. Tekanan dan timbunan kerja dan buku yang sering melemaskan sering menjadi faktor hati ini meronta untuk cepat "direhatkan", namun sekarang, itu yang paling dirindui.
Then, jangan nakal-nakal. Shin chan pun dah taubat.
Kita??? Be mature!!

Zaman remaja sememangnya penuh ranjau dan dugaan. Zaman saya mahu cuba buat perkara yang teringin saya nak buat. But then, bila rasa benda tu salah menyesal dan insaf dah tak nak buat dah. Itulah fitrah remaja. INGIN MENCUBA! Saya juga begitu. Dan amat yakin, zaman remaja anda juga begitu! Teringat saya kepada bicara seorang ustaz dalam Daurah kepimpinan. Katanya,
 "...remaja perlu melakukan banyak kesalahan dan berani cuba banyak perkara. Jangan takut salah! kerana daripada kesalahan itu kita akan ketemui pembetulan.."
 Bukanlah mahu menggalakkan kita buat kesalahan macam merompak, membunuh,merokok, merempit or dosa yang nyata tu. Tu buat dosa kering namanya. Saja cari naya nak kena humban dalam neraka ALLAH. Nauzubillah..


Maksud ustaz tu, kita kena berani cuba sesuatu yang baru <seperti: membuat pembaharuan dalam organisasi, mengubah undang-undang sekolah dan segala perkara yang mendatangkan manfaat, namun berisiko tinggi>. Supaya, kita sendiri dapat bezakan yang mana buruk, baik, lebih baik, dan terbaik. Biar kita sendiri yang dapat menilai bahawa yang buruk dan baik itu bagai langit dan bumi yang sampai bila-bila tidak dapat dicampuradukkan. Almaklumlah, kita bukannya Andriod yang boleh kena setting 'STAY AWAY FROM MAKSIAT!' . Hakikatnya, kita hanyalah insan biasa yang sering lupa dan lalai.Namun, pengalaman yang pernah kita tempuhi itulah yang akan menjadi 'guide line' agar tidak tersilap dalam melangkah. Ya! Ikhtibar daripada sejarah




Ikhtibar Daripada Sejarah
At Cameroon Valley with
my beloved mother


Ahha! Mauduk nya macam dalam silibus PQS je ye tak? (badak budak lepas SPM lah katakan :)


Sewaktu saya dalam perjalanan nak ke Cameroon Highland bersama keluarga, saya berpeluang mengikuti satu perbincangan di radio IKIM.FM.(miss that moment!)


P/S: Gambar disebelah tiada kaitan apa-apa.hiasan semata-mata :P


Oke, berbalik kepada mauduk diatas, IKHTIBAR DARIPADA SEJARAH!
".. tapi saya tak pernah buat sejarah macam Hitler.."
Ya! kita semua pernah. Cuma tak di rekodkan dalam sejarah dunia. Namun, kita perlu kenang sebagai sejarah hidup kita walaupun kadang-kadang sejarah itu  perit untuk kita kenang. Kerana melalui kenangan itu kita ada pengalaman. Dan pengalaman yang mengajar kita erti kematangan. Kerana melalui sejarah lampau, kita cuba perbaiki kepada yang lebih baik seterusnya kepada yang terbaik!
Ya! USIA kita bukan faktor yang boleh mematangkan kita. Tapi, PENGALAMAN daripada sejarah yang lampau yang mematangkan kita. Nampak tak relationnya? Ada orang yang dah berpuluh tahun hidup, tapi tak juga boleh fikir sedalam-dalamnya ketika buat keputusan. Kenapa? Sebabnya kurang pengalaman. Ada budak kecik yang lebih arif untuk buat keputusan kerana punya PENGALAMAN.

Anda pernah menonton filem Slumdog Millionaire? Jika tak pernah, anda perlu tengok! Banyak dapat award filem ni!<saya tak punya share dalam syarikat perfileman tersebut. harap maklum! :)> Bukanlah award yang diperolehi yang menjadi isunya disini. Tapi jalan cerita yang mampu memberi pengajaran yang mendalam buat penonton. Dapat anda bayangkan, seorang yang nobody jadi somebody? Dari zero jadi hero? Apa yang mengubah hidupnya mejadi millionaire? Jawapannya ialah PENGALAMAN! Pengalaman hidup yang perit yang membantu dia berjaya menjadi jutawan.


KONKLUSINYA


Setiap pengalaman perlu kita hargai. Kerana disitu terletak kunci kejayaan yang besar. Oleh itu, perkara yang kita lalui di zaman persekolahan itu adalah tarbiah awal sebelum menginjak ke alam dewasa. Saya sendiri tak dapat nak bayangkan bagaimana zaman dewasa. Semakin matangkah saya? Bolehkah saya sentiasa istiqamah dengan ilmu yang saya perolehi? Wallhu`alam. Qada` dan Qadar saya telah tercatat di luh mahfuz yang hanya menjadi rahsia penghuni langit. Moga kita semua dapat istiqamah dan bermujahadah dalam meng-ISLAH-kan diri.Insyaallah...

Sunday, 7 August 2011

Hati sebesar cawan dan hati sebesar kolam.


picture by: https://www.deviantart.com/


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.