Followers

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, 3 June 2012

Mardhatillah.



Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... 
Subhanallah


Permulaan Baru.

Alhamdulillah, saya sudah 2 minggu bergelar mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia, USIM. Sebagai pelajar Tamhidi Sains dan Teknologi, saya perlu ambil subjek  teras sains dan beberapa subjek wajib universiti. Biologi, Chemistry, Physics, Math, ICT, English, B.Arab, and Quranic Hadith. Boleh saya katakan 60% pelajar tamhidi berasal daripada KELANTAN dan TERENGGANU! I`am proud to be 'anak watan' Negeri Sembilan. hee~ :)
Saya suka jugak la mendekati rakan-rakan yang asal dari utara dan timur ni. Sebab suka sangat dengar longhat diorang. :)

Universiti Sains Islam Malaysia  :)

Minggu Taaruf a.k.a 'minggu makan free' agak memenatkan. Bertaaruf dengan lecturer, USIM, makes new friends, talk yang tak sudah. Yang bosan main-main Bluethooth. Sampai masuk nama Bluethooth muslimin 'Yakinlah Aku Menjemputmu' dalam phone sahabat saya.haha. Lucu sungguh. Ketawa sakan kami ketawa kat rumah dengar cerita sahabat saya.Tapi, talk paling saya suka mengenai 'Adab Al-Ikhtilaf' disampaikan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Syukor. Bagi saya, sesiapa yang tidur masa talk ni, memang sangat-sangat rugi. Hakikatnya, kalau tengok bahagian depan (muslimin) ramia dah tak de kepala. Sorok dalam baju mungkin. Malu kut. Husnu zhon.. :p
Mungkin tajuk ni agak berat untuk dihadam oleh remaja seusia saya. Melainkan orang tu punya minat yang mendalam dalam ilmu fikh.  Prof tu pun kata:
"Saya pun tak tahu kenapa tajuk ni dibentangkan pada kamu semua. Sebab tajuk ni agak berat pada kamu yang masih baru lagi..."
Tapi, pada saya TAK! Perkara ni perlu diterangkan pada kami agar tidak berlaku perbalahan dan perpecahan antara pelajar, taksub dengan fahaman dan sebagainya. Well done kepada senior JPPP yang menjayakan Minggu taaruf kami.


Minggu kedua kami dah mula kuliah. Hari pertama memang agak kelam kabut semuanya. Mana nak cari dewan kuliah lagi, nak beli buku lagi,berkejar nak pergi class dari fakulti lain ke fakulti lain. Memang bersa'ie jugak lah kami seharian. Sebab jadual hari isnin memang agak pack. Nasib la tak start masuk tutorial dan lab lagi. Tu belum campur dengan yang tersalah masuk class lagi. Buka je pintu dewan kuliah, chakkkk!! Semua mata tertumpu kepada si Pembuka pintu. Oke. Malu. hee~  Tapi rasanya perkara ni hanya berlaku minggu-minggu awal ni je. Maklumlah excited nak masuk class. :p


Pusat Tamhidi , kami second batch yang guna. :)

Minggu Taaruf di Stadium tertutup Nilai.

Naib Canselor USIM bersama cucunda. :)
Alhamdulillah, lecturer semua sangat-sangat best! Terutama cikgu Physics saya! Cikgu Abdul Rahim Haji Omar a.k.a ARHO. Tapi ada jugak lecturer yang ajar memang laju. kadang-kadang tu sebab terkejar-kejar nak salin nota, tak faham apa yang diajar. Lumrah student U. Kena biasakan diri. :)






Fasa Baru, Dunia Baru.


OKE. Enough intro. Saja nak kongsi pengalaman. Tapi itu bukanlah hadaf sebenar entry ni ditulis. 


Setelah 2 minggu berada di universiti ni, baru saya dapat rasa bezanya sekolah dengan universit ni. Dress code suka hati. Fesyen? on je!  As long as tutup aurat. Insyaallah kat USIM ni anda takkan nampak orang free hair, yang vouge tahap dewa, bersosial sangat (ade je yang tak berapa jaga ikhtilat,tapi tak sampai bertepuk tampar la). 


Solat jemaah tak de orang akan paksa. Tak solat pun tak de orang nak rotan. Masa ni la boleh nampak keberkesanan tarbiah masa sekolah dulu. Kalau kat musolla tu boleh kira berapa orang je datang. Sibuk sangat ke? Entah. Mungkin pergi majlis ta'lim kut. Husnu zhon~


Kalau tak baca Quran, tak de sesiapa nak check. Nak bangun qiam? Lagi lah. Kalau nak bangun pukul 8 pun tak de orang nak bising. Semua nya terpulang kat diri kita sendiri. 


Nak mengedik? Bercouple? Memang tak de orang yang akan kantoikan. Kalau kantoi pun, takkan nak suruh Dekan rotan kut? Sanding kat dataran? Memang takkan berlaku lah. Sebab tak de dalam peraturan pun. Kecuali kes-kes berat. Baru kena.


Kesimpulannya, sekarang ni zaman untuk kita aplikasi ilmu yang kita ada. Keberkesanan tarbiah masa kecil sehingga zaman sekolah dapat dilihat sekarang. Tak salah pun nak fesyen-fesyen asalkan ikut syariat. Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qadrawi meraikan perkara baru selagi tak langgar syariat. Tapi saya lebih suka pilih untuk sederhana. Qanaah. Tak menjadi perhatian kepada yang melihat.


Mencari Hikmah Agar Redha.


''Ya ALLAH, kenapalah aku dapat tinggkat lima ni? rasanya, cukup bulan kena ganti lain screw kaki ni..''
'' Asal tak buat kat Shah Alam je kolej kediaman ni? boleh jalan-jalan sebelum sampai kampus... " dengan nada sarcastic!
"agak-agak sebelum musim tengkujuh bas ni datang tak?"
Ni adalah antara rungutan hati kecil saya sewaktu hari pertama di USIM. Saya dapat tingkat lima. Kesian pada ibu dan ayah saya kena panjat tingkat lima untuk tolong angkat barang-barang saya. Tiap-tiap hari akan bermandi peluh turun naik tangga ni. Kolej kediaman pula jauh sangat dari kampus. Ambil masa 15-20 minit untuk sampai. Bayangkan dah turun tangga dari tinggat lima. Tunggu bas. Naik bas selama 15-20 minit. Kalau dapat duduk alhamdulillah. Kalau tak, memang kaki auto je break dance.hee~


Tapi, tazkirah daripada kakak JAKSA di Musolla pada suatu malam, membuka mata dan hati saya. Perkara yang ditekankan nampak ringan tapi sebenarnya, penghayatannya sukar untuk kita amalkan. HIKMAH dan REDHA. Kita kena bersyukur dengan apa yang ALLAH bagi pada kita. Nilai ujian yang ALLAH bagi pada kita sangat sedikit berbanding nikmatnya yang melimpah ruah. Bila kita sentiasa  rasa syukur, bererti kita redha dengan pemberianNYA. Maka, carilah hikmah, agar redha menyusul.


REDHA. Itu prinsip hidup saya. Tapi saya lupa untuk kaitkan syukur untuk dapatkan redha. Ya! Saya perlu banyak belajar. Perlu banyak diingati. Agar lebih menjaga hati buat Sang Pemberi Nikmat dan Ujian. Saya mula nampak, yang ALLAH tentukan saya ditingkat lima agar uji keimanan saya. Sanggup tak saya turun ke musollah setiap malam. Ya. Ini ujian buat saya dan sahabat. Saya sangat berharap dan berdoa agar kami istiqamah. Saya dapat bayangkan alangkah gembiranya syaitan apabila saya mengeluh penat untuk ke musolla nanti. Nauzubillah.. ALLAH uji lagi sabar dan ukhwah saya dan sahabat dengan penantian. Benarlah orang kata. Penantian itu satu penyeksaan. Menanti bas tiba,berebut naik bas. Bagaimana pelaksaan hak sebagai sahabat. Adakah saya ithsar? atau pentingkan diri sendiri. Semuanya teruji. Hanya istighfar dan zikir sepanjang jalan yang boleh redakan hati, agar sentiasa mencari hikmah agar saya redha dan diredhai ALLAH.


KONKLUSINYA:

Semuanya bermula dengan aqidah. Hayati aqidah yang sebenar. Baru kita rasa yang kita ni hamba. Hidup hanya berihsankan redhaNya semata. Nak buat apa-apa pun akan fikir boleh murka atau redha? Hayati aqidah sebenar. Baru langkah kita tak tempang dalam menyelusuri expedisi menuju insan kamil.

Dalam hidup ni ALLAH bagi peluang untuk kita pilih. Ketakwaan atau  kefasikkan? Beruntung bagi yang mensucikan Agama ALLAH. Dan rugi bagi yang mengotorinya. Bertepatan dalam lagu Demi Matahari nyanyian Snada yang menterjemahkan maksud Surah As-Syam.



Wednesday, 16 May 2012

Fitrah vs Fitnah?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


In the Name of Allah the Most Beneficent, the Most Merciful. 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. I started my new entry...
Salam Ukhwah ,Penyambung Dakwah...





Sekian sudah lama tidak buat entry ilmiah sebegini,terasa tak tahu pulak
nak buat intro macam mana. :D
Baiklah, entry kali ini ialah hasil intreprasi permintaan dan cetusan 
idea kembar sahabat saya untuk mengulas sedikit 
mengenai FITRAH, FITNAH...


Credit to: Deviant Art :D

FITRAH


Fitrah didefinisikan sebagai sesuatu yang semula jadi wujud dalam diri manusia sejak azali mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia aitu sendiri.Setiap manusia itu dilahirkan dengan fitrah yang suci. Fitrahnya hanya mengharap kepada kebaikan,bukan keburukan. Dan fitrah itu sendri ialah ISLAM..Maka kufar yang memeluk Islam sebenarnya mereka bukan CONVERT tapi REVERT!. Mereka kembali kepda fitrah insani yang ingin kebenaran dan ketuhanan.

FITNAH

Skop fitnah pula luas. Fitnah dari percakapan, perlakuan, pengakuan dan sebagainya. 
Fitnah percakapan saya rasa semua sudah maklum bagaimana.

Fitnah perlakuan pula seperti melakukan sesuatu yang dapat menconteng arang pada sesebuah pihak lantaran perlakuan buruk kita. Namun hakikatnya, pihak itu bukanlah begitu. Pening? Misalan:

Ada seorang Muslim yang membuat letupan berani mati. Apa yang akan masyarat pandang (terutama non-muslim)? Pastinya mereka membuat spekulasi yang buruk terhadap agama Islam. Islam akan dicap TERRORIS! Maka, Muslim itu telah menjadi fitnah kepada Islam. Nauzubillah.. moga dijauhkan..

pelbagai lagi bentuk fitnah yang ada atas muka bumi ni. Segala yang baik, yang telah dicemari dngan sesuatu yang buruk, itulah FITNAH!

FITRAH vs FITNAH

Fitrah itu asalnya mulia. Namun, apabila cara pengandaliannya yang berlebihan dan tidak ikut syarak, maka ia akan mejadi fitnah buat diri, masyarakat, agama dan negara.
Sebagai contoh:
1) Ingin barang baharu dan cantik. Itu fitrah. Tapi, jika kita berbelanja sehingga membazir itu telah menjadi fitnah buat diri dan agama. Islam mengajar kita hidup bersederhana. Buat mengikut jejak syaitan laknatullah.

2) Cinta itu asalya sesuatu yang mulia. Tapi, manusia yang membuatkannya hina dan kotor. Sehingga cinta itu menjadi buta, tuli. Padahal, Allah telah nuzulkan kepada kita bagaimana mengurus cinta dalam Islam. Kepada siapa patut kita letakkan cinta. Atas dasar apa cinta disemai dan dibina. Semuanya islam telah ajar. Cuma kita saja yang membutakan mata, menulikan telinga. Yelahh,, sudah mabuk kepayang kentut pun wangi (ayat ma saya) =,='
Kesimpulannya:
Maka, sebagai insan yang masih dalam perjalanan menuju redha ALLAH, kita perlu sama-sama bijak mengurus fitrah agar tidak terfitnah. Fitrah itu indah jika kita nikmati atas hidangan iman dan takwa.

Saturday, 10 March 2012

Parental Training ;D


Assalamualaikum..
Entry kali ni, saya sangat excited untuk berkongsi dengan anda semua
mengenai kerja saya.

SYAZWANI DAH KERJA??
Yes, I`m..
Sekarang saya bekerja di taska. Menjaga dan mengajar kanak-kanak 
comel lagi polos yang menjadi mangsa kesibukan ibu bapa pada
zaman metropolitan kini. Melihat situasi dan suasana di taska,
membuatkan saya nekad untuk tidak menghantar anak-anak saya 
nanti ke taska.

Reason?
Pertama, hasil didikan parents setiap pelajar adalah berbeza. Mereka
menghabiskan lebih separuh hari di taska dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya.
Maka secara tidak langsung, mereka mudah terdedah dengan perkara-perkara baru
hasil pergaulan dengan rakan-rakan. Secara psikologinya, kanak-kanak 
lebih cenderung melakukan sesuatu yang pelik dan mampu menarik perhatian 
orang lain. Selalunya, peratusan negatif lebih tinggi berbanding yang positif.
Maka, saya menjadi risau anak-anak saya akan mendapat anasir negatif 
kerana kurangnya perhatian saya terhadap tumbesaran mereka.

Kedua, kanak-kanak akan membesar dalam acuan didikan di taska,
bukannya ibu bapa. Hal ini kerana, kesibukan ibu bapa membataskan
masa untuk bersama anak-anak untuk mendidik mengikut acuan ibu bapa.

Namun, tidak dinafikan bahawa taska juga ada saham dalam membentuk dan
mengajar anak-anak mendisplinkan diri, belajar survive hidup,
belajar bergaul dengan rakan-rakan, biasakan dengan suasana sekolah dan sebagainya

Be a good muslimah okay?

Jika dahulu,<masa sweet seventeen> tajuk perbincangan dengan sahbat-sahabat
ialah mengenai walimah. Namun, apbila saya berdepan dengan kanak-kanak
saban hari, saya mula terfikir bagaimana saya hendak mencorakkan cahaya
 mata saya nanti. Mampu tak saya mendidik sehinga mereka menjadi
hamba ALLAH yang benar-benar bertakwa dan penuh ilmu didada.
Melihat cabaran hidup yang kian dihimpit budaya kuning, saya perlu lebih
 bersedia dan bijak menyusun strategi untuk membentuk mereka nanti.

Saya teringat pesanan seorang ustazah dari Indonesia, Ustazah Sri Astuti,
katanya:
"Corakkan diri kita sebagaimana kita mahu anak kita dicorakkan kerana membentuk mereka bukan bermula saat mereka membenih dalam rahim atau sudah mula mencelikkan mata, tetapi sebelum itu lagi. Ketika merekatidak wujud lagi.."

Jelas, segala yang berlaku bermula dengan diri kita.
Maka, saya sedang berusaha untuk meningkatkan diri semampu yang saya 
boleh. 


saya mahu menjadi matahari buat anak-anak. yang tidak
lelah menyinari cahaya agar mereka
tidak bergelapan. Insyaallah..


Oleh itu, saya punya impian yang sangat besar. Iaitu saya mahu 
menjadi SURI RUMAHTANGGA YANG BERJAYA!! Mungkin impian saya 
ini mengambil masa untuk dicapai, namun saya akan beruasah ke arah
itu. Saya mahu menjadi ibu yang sentiasa berada disisi 
anak-anak mendengar keluh kesah mereka. Ingin menjadi sahabat
mereka yang terbaik. Ingin menyuapkan air tangan saya
agar ke mana pun mereka pergi, tetap akan mengenangkan air tangan saya.
Di samping, mempunyai perniagaan yang boleh saya uruskan dirumah
atau ketika ketiadaan mereka di rumah. Ya ALLAH,, indahnya detik
itu andai dapat kau pinjamkan kepadaku.. 
Perkenankanlah YA ALLAH..


Apabila saya suarakan hal ini kepada Sahabat baik saya,
Fatin Ruslan, dia kongsikan saya dengan nasihat Saidina Ali ini:

Nasihat Saidina Ali dalam perihal mendidik anak2 ialah, "Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu." 


Mendidik Anak mengikut Umur:

Tujuh Tahun Pertama
- Ibubapa perlu mendidik mereka dengan cara bermesra, bermain dan bergurau dengan mereka. Maksudnya disini pelajaran diberi secara santai dan menghiburkan.


 Tujuh Tahun Sehingga Akil Baligh

- Perlunya menerapkan unsur-unsur ketegasan kerana pada umur sebegini ibubapa disarankan untuk mendisiplinkan anak2. Didik “life lessons” seperti cara beribadat dengan betul, sopan santun dan adab-adab kehidupan, cara-cara berinteraksi dengan orang, menghormati hak orang lain dan sebagainya.

- Ini juga bersesuaian dengan saranan merotan anak-anak yang tidak solat selepas umur 10 tahun sebagai cara mendisiplinkan mereka.


 Empat Belas Sehingga Dua Puluh Satu Tahun
- Jiwa remaja ni, selalunya memberontak. Tak suka disuruh-suruh. 

- Cara approach anak-anak umur sebegini ialah sepertimana kita berkawan. Anak-anak dididik seperti teman yang ibubapa hormati. Ibubapa disaran menjadi a good listener, selalu bertanyakan pandangan mereka dalam hal-hal kehidupan. Dengan cara ini, ibu bapa dapat memberi didikan secara tidak langsung iaitu dengan memberi pandangan ibubapa selepas mendengar pendapat mereka dalam sesuatu isu. Bukannya arah dan perintah mengikut acuan ibubapa.

- Ibubapa juga perlu mengambil tahu siapa kawan-kawan anak-anak remaja. Ajak mereka bertandang ke rumah. Kenali mereka. Nak kenal macam mana perangai anak, tengok perangai siapa mereka berkawan.


 Selepas Dua Puluh Satu Tahun
- Ibubapa perlu memberi kebebasan kepada anak-anak utk memilih cara hidup mereka. Jika 3 steps sebelum ni diikuti dengan betul, insyaAllah anak-anak akan menjadi insan yang baik.

- Ibubapa masih perlu memberi nasihat dan pandangan kepada mereka mengikut situasi2 yang berlaku.


Justeru itu, saya mengambil peluang dan pengalaman bekerja di taska untuk
kanak-kanak dan cuba memahami kehendak dan keperluan mereka sebagai 
kanak-kanak yang hendak membesar serta psikologi mereka sendiri. 
Moga pengalaman bekerja ini membantu saya untuk menyiapkan
diri sebagai ibu para Mujtahid dan mujtahidah..
AMIINNNN...




<baru dapat first salary.. agak lumayan. Alhamdulillah..
and sempat belanja dinner untuk beloved family>

Thursday, 2 February 2012

LangitIlahi TVShow ep.3

Assalamualaikum...
Memandangkan sambutan sangat mengalakan apabila
saya menyambung episod LangitIlahi TVShow dalam entry saya,
maka, dengan besar hatinya, saya akan teruskan menyambung video ini. 
Plus, sekarang saya sedang buat sedikit research untuk buat satu article
atas permintaan sahabat saya.
So, enjoy the video~

Bagaimana? terkesan? atau tak de feeling?
Sahabat-sahabat yang saya muliakan, seperti mana yang dinyatakan
di dalam video tadi, dunia ini adalah satu hamparan
supaya kita beribadah kpada ALLAH. Bukannya hidup berkiblatkan
material semata.
Kadang kala kita lupa tugas kita sebagai hamba,
sehingga terlupa adanya hari PEMBALASAN..


“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’: 25) 
  

Monday, 30 January 2012

LangitIlahi TVShow

Assalamualaikum..
Memandangkan ada permintaan untuk menyambung episod LangitIlagi TVShow dalam entry saya, maka dengan bermodalkan kemalasan yang melampau dan kekeringan idea untuk buat entry lain, maka dengan senang hati saya menyambung video tu. :D


Ermm,, komen? 
Maka, jangan lah kita mencampuri urusan harian kita 
antara yang haq dan batil.
Nanti jadi macam air oren yang dicampur coffee tu.
Tak sedap dan rasanya amat memualkan.
<walaupun tak pernah cuba, tapi masih boleh bayangkan>

“Sesunggunya Sesembahan kalian adalah sesembahan yang esa, barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Robbnya maka hendaklah ia beramal ibadah dengan amalan yang soleh dan tidak menyekutukan Robbnya dalam amal ibadahnya dengan suatu apa pun
.(QS : Al Kahfi: 110).

Wednesday, 25 January 2012

Perang Jamal..

              
Assalamualaikum,, 
Entry kali ni saya nak share satu sirah yang menjadi kekeliruan saya sendiri. Alhamdulillah, ALLAH pertemukan saya dengan buku tulisan Fatimah Syarha. Maka, Saya ulas kisah itu dalam entry kali ni. Entry ini merungkai kejernihan sirah mengenai Saidina Ali dan Saidatina Aisyah yang dikhabarkan berperang. 


       Kekacauan ini merebak sejak berlakunya pembunuhan ke atas Khalifah Uthman. Uthman dibunuh dengan kejam dan tragis kerana hasutan dan fitnah.Fitnah itu diapi-apikan oleh Abdullah Ibn Saba`, seorang yahudi.Dia brgerak dari Hijazz, Basrah, Kufah dan Syam bagi menimbulkan perpecahan dan salah faham. 


       Sekiranya anda pernah membaca tentang pembunuhan Uthman berpunca daripada konspirasi para sahabat seperti Talhah, Zubair, Aisyah dan lain-lain ia adalah DUSTA!! Mereka semua ialah sahabat yang mulia dan dekat dengan Rasulullah SAW di syurga. Banyak fakta yang disorok kerana ada campur tangan musuh dalam penulisan sejarah.


Bagaimana pembunuhan Uthman menyebabkan
Aisyah dan Ali berselisih faham?

            Para sahabat  dididik bagi berkasih syang kerana Allah . Mereka sentiasa menghidupkan hak-hak insan bersaudara. Tidak pernah terdetik pun dalam hati mereka untuk berperang sesama sendiri . Semua yang berlaku ini kerana perancangan jahat musuh yang menghantar mereka ke kancah perang dengan fitnah. Bukankah watak-watak yang terlibat dengan sejarah ini sahabat-sahabat yang dijamin syurga? Maka kita perlu berbaik sangka dengan mereka.

            Setelah Uthman dibunuh,Ali dilantik menjadi khalifah. Suasana umat islam ketika itu berada dalam kekacauan, perpecahan, kesedihan, dan penuh kemarahan kepada pembunuh Uthman.

            Para sahabat berbeza pendapat pada masa itu.Ada golongan yang mendesak supaya disegerakan hukuman kepada pembunuhan Uthman. Manakala golongan kedua meminta supaya ditangguhkan dahulu hukuman itu sehingga keadaan mengizinkan. Ini kerana golongan pemberontak yang membunuh Uthman agak kuat pengaruhnya ketika itu.

           Golongan pemberontak ,iaitu pengikut Abdullah Bin Saba` semakin rancak menabur fitnah, kononnya Ali bersekongkol dengan mereka. Keterbatasan Komunikasi ketika itu menyulitkan lagi keadaan. Tiada telefon, e-mel, televisyen ataupun internet bagi menyalurkan maklumat yang sahih kepada rakyat.

           Apabila desakan menghukum segera pembunuh Uthman ditangguhkan oleh Khalifah Ali, maka Aisyah , Talhah dan Zubair menuju ke Basrah dalam satu angkatan bagi mengumpulkan kekuatan. Mereka mahu bertindak menghukum golongan pemberontak yang membunuh Uthman. Ali bertindak menghantar utusan untuk bertanya untuk bertanya kepada Aisyah dengan penuh hormat akan tujuan rombongan itu ke Basrah. Aisyah menjelaskan bahawa dia hanya mahu membela kezaliman ke atas Uthman dan mengadakan perdamaian sesama mereka.

Utusan Ali menjelaskan, hasrat membunuh balas pembunuhan Uthman adalah
baik namun kesan kerosakannya lebih besar buat masa sekarang, kerana pemberontak dikelilingi kekuatan ribuan orang. Perlu menunggu masa yang sesuai sehingga kekuatan mereka dapat dilemahkan.

              Hasil perbincangan itu, akhirnya, Aisyah, Zubair dan Talhah memberi janji setia kepada Ali. Aisyah pun menghantar wakilnya menemui Ali dan jelaskan tujuan mereka hendak berdamai. Mereka sangat gembira dengan perjanjian ini.

             Ali bangun berkhutbah mengatakan bahawa esok beliau akan menemui Aisyah dan angkatannya untuk berdamai. Beliau melarang mana-mana golongan pemberontak mengikutinya. Golongan pemberontak menjadi takut kalau-kalau Aisyah dan Ali bersatu menyerang mereka. Lalu mereka berbincang sesama sendiri dan bertekad mencetuskan api peperangan antara Ali dan Aisyah.Pada saat itulah tercetusnya Perang Jamal. Kedua-dua pihak manjadi mangsa fitnah. Hakikatnya, pihak dalam kedua-dua belah pihak dalam kebenaran. 
       
             Maka kita perlu bersangka baik terhadap para sahabat nabi!!! Mereka insan mulia. Moga entry ini bermanfaat bagi saya dan anda juga mengenai sirah ini.




Wednesday, 30 November 2011

Warkah Buat Muslimin,,,,




 .....السلام عليكم 

Wahai ikhwah...
 Sesungguhnya ana ada beberapa perkara yang hendak diperkatakan di sini.
 Dengarlah..


Ingatlah wahai muslimin, kami wanita tak perlukan wang ringit antum, kekayaan antum dan seala-galanya yang dunia dari antum semua. Yang kami perlukan KEBERANIAN antum membimbing kami ke jalan yang diredhai ALLAH! 

Ana pernah dengar bahawa rijal yang mana tidak menunaikan tanggungjawab iaitu menjadi KETUA kepada wanita,,dia akan ditarik ke neraka walaupun rijal itu pada zahirnya seorang yang SOLEH!

*Seorang abang akan ditarik oleh adik perempuannya ke neraka jika dia tidak pernah menebur kekhilafan adiknya.
 *Seorang ayah akan ditarik oleh anak perempuannya ke neraka jika dia tidak membimbing anaknya.
 *Seorang ayah akan ditarik oleh isterinya jika tidak menguruskan hal ehwal isterinya.
*Seorang pemimpin akan ditarik oleh rakyatnya jika tidak menunaikan tanggunjawab sebagai pemimpin.

Itulah serba sedikit yang ana tahu sedangkan hakikatnya ana masih jahil selok belok agama.Antum perasan tak seorang abang,ayah, suami dan ketua semuanya ialah LELAKI! SAHIH?


Oleh sebab itu, antum semua jangan beri peluang kepada para Muslimat untuk lebih berilmu daripada antum. Lebih expert daripada antum dari semua aspek. Lebih berani tampil kehadapan daripada antum. Lebih yakin mengemukakan idea bernas. Kami tidak mahu antum 'control macho' di hadapan kami. Kami tidak mahu antum 'malu-malu kucing' dihadapan kami. Jadilah lelaki sehebat ABU BAKAR, seberani UMAR, selembut UTHMAN, dan berilmu seperti ALI. Binalah satu prinsip bahawa antum tidak akan beri apa-apa peluang untuk kami muslimat memperkotakkatikkan antum lagi. 
BERANILAH wahai muslimin!!! BERANILAH!!


Ikhwah sekalian,,
Seorang rijal itu lebih dihormati kerana ketinggian akhlaknyadan keteguhan imannya. Bukan ddaripada rupa dan kebendaannya. Jadilah lelaki yang soleh dari hati bukannya soleh dari wajah. Bukan kami di sini saja tapi di luar sana masih ramai yang masih perlukan bantuan dan bimbingan antum sebaai Dai`e Allah.Masih ramai senaja seperti kita yang terjerumus ke lembah maksiat. Bimbinglah mereka sebelum kita semua ditarik ke neraka ketika hampir selangkah sahaja untuk masuk ke syurga. Oleh itu islahkan lah diri antum agar antum cukup kuat untuk mnghadapi mehnah dakwah.


Mungkin antum fikir antum semua masih tak matang lagi. Belum bersedia untuk memikul tanggungjawab ALLAH untuk memakmurkan muka bumi ALLAH ini.Ana tahu.. tapi realitinya budak lelaki berumur 11 tahun sudah baligh.. betul?
Jangan bersedia untuk jadi seorang yang matan apabila antum ingin berkahwin nanti. tapi bersedialah daripada sekarang. muhasahlah balik diri antum.. jadilah insan yanng bertakwa. Kerana insan terbaik di sisi Allah ialah insan yang bertakwa.


Antum masih ikuti lagi? ada sedikit lagi.. sabar....


Jangan kejarkan wanita-wanita di dunia ini kerana kami semua KOSONG! Namun tidak ternilai. Tak percaya? Ana boleh buktikan.Apabila di syurga nanti antum semua pasti melupakan kami. Antum akan lupakan teman wanita yang antum sanjung kecantinkkannya, adik perempuan yang antum sayangi, ibu yang antum kasihi, isteri yang paling antum cintai.Ini semua kerana antum ada wanita yang lebih cantik dari kami di sana. Antum tidak akan kenal lagi siapa kami. Malahan antum tidak akan terfikir untuk mencari kami kerana wanita di syurga jauh lebih hebat dari kami.. Bertuahnya antum...


Ingatlah wahai pendokong agama ALLAH,
Bentuklah akhlak yan terbaik mulai dari sekarang. kami perlukan bantuan antum, muslimin sekalian... janganlah biarkan kami terumbang-ambing. Tak salahkan kita salin mengingati antara satu sama lain? :)


Tinta yang terakhir buat muslimin semua,semoga antum berjaya menjadi entiti mithali yang terbaik di sisi ALLAH.. Sesungguhnya Ainul MArdhiah, bidadari terhebat sedang menanti antum yang soleh di syurga.
Insya`ALLAH....AMIN>>


Saturday, 1 October 2011

Silaturahim vs Silaturahmi?

Manisnya Ukhwah, -,-


“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (QS. Al Hujuraat: 10)
Silaturahmi atau Silaturahim?

 Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan Islam adalah salah satu aspek yang vital dan sangat ditekankan di dalam ajaran agama Islam. Begitu banyak anjuran dan perintah yang menyerukan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan antar sesama umat Islam, dan banyak pula larangan untuk memutuskan tali persaudaraan di dalam Islam. Semua itu telah disampaikan di dalam ajaran agama Islam, baik melalui firman Allah swt di dalam Al Quran maupun melalui sabda Rasulullah saw di dalam Al Hadits. Namun, terdapat sedikit kekeliruan istilah yang berlaku dalam kalangan masyarat kotemporari kini. Mungkin ada yang sudah tahu maslahat ini. Namun saya yakin, yang tidak mengetahuinya lebih ramai berbandaing yang mengetahui. Oleh itu, ingin saya panjangkan sedikit ilmu ini bersama sekalian pembaca yang sudi singgah di blog saya. :)
"oleh itu, kita perlu merapatkan hubungan silaturahim sesama kita...."
Kita selalu dengar satu ayat cliche ni dalam karangan, article , mahupun di majlis-majlis ilmu. Tapi sebenarnya, perkataan SILATURAHIM itu tidak wujud !
Yang ada hanya perkataan SILATURAHMI !
Setelah melakukan sedikit survey di laman sesawang MB<muka buku>,saya mendapati 97% yang tidak mengetahui perihal ini. Justeru, saya terpanggil untuk menyebarkan ilmu yang tidak seberapa ini kepada sahabat2 semua.
Rasulullah juga pernah bersabda, “Tidak ada satu kebaikan pun yang pahalanya lebih cepat diperoleh daripada silaturahmi, dan tidak ada satu dosapun yang adzabnya lebih cepat diperoleh di dunia, disamping akan diperoleh di akherat, melebihi kezaliman dan memutuskan tali silaturahmi.”
Dalam sebuah riwayat lain, dari Anas ra, ia berkata bahwa Rasullah saw bersabda, “Barangsiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dilamakan bekas telapak kakinya (dipanjangkan umurnya), hendaknya ia menyambung tali silaturahmi. (HR. Mutafaq ‘alaih)
Silaturahmi jika ditranslate secara baku ialah "hubungan rahim" . Maksudnya disini, istilah silaturahmi ini hanya sesuai diungkapkan kepada seseorang yang berkongsi rahim dengan kita. siapa mereka? Mereka ialah saudara-mara kita. Kita dahulunya datang dari satu rahim. Iaitu rahim Hawa. 


KONKLUSINYA
Oleh itu, hendak saya tekankan disini, kita perlu betulkan yang biasa, dan biasakan yang berlaku. Asimilasi bahasa berlaku menyebabkan perkataan ini bertukar makna asalnya dan sebutannya. 

Sunday, 18 September 2011

Hamba Itu Perlukan Tuannya






وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan  supaya mereka 
mengabdikan kepada-Ku. 


Hamba. Ya, itulah tugas utama kita diatas muka bumi ini. menjadi hamba kepada yang Yang Mencipta. Mengabdikan diri adalah misi utama kita. Namun, sejauh mane kehambaan kita terhadap Al-Khaliq? Apa tindakkan pertama kita apabila dirundung masalah? Merungut? menangis sampai terduduk? Salah kan orang lain? Itu semua memang fi`il manusia.<termasuk insan yang menulis ini>.






أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
apakah manusia itu mengira bahawa dibiarkan saja
 mengatakan: "kami beriman". sedang mereka tidak diuji lagi?

Teringat saya seorang sahabat saya yang tabah hatinya. Lembut tutur bicara nya. Kadang-kala mencuit hati. Dia merupakan rakan sekelas saya sewaktu ditingkatan 4, telah kehilangan Ibu nya sejak sejak berusia 13 tahun. Merupakan anak tunggal dan tiada adik-beradik lain. Hanya punya jiran dan ayah untuk menumpang kasih. Pernah astu hari ketika selesai bertadarus bersamanya sementara menunggu berbuka puasa, saya bertanya kepadanya.

"kalau kamu sedih, kamu buat apa?"
dia memandang saya dengan kehairanan. Ye la,  soalan spesies serius tu keluar dari mulut 
yang tidak disangka-sangka plus dengan  muka serius habis lagi.
"kenapa tanya?"
"saja." 
  pendek saja jawab saya namun mampu mengambarkan betapa seruis nya saya terhadap jawapan yang bakal dia beri sebentar lagi. Sudah lama sebenarnya saya tertanya-tanya pada siapa salunya dia akan berkongsi masalah. Selama bersahabat dengan nya, tidak pernah sekali pun saya mendengar rungutannya, mendengar dia meluahkn masalah melainkan melibatkan pelajaran dan kepimpinan yang perlu dia bertanya kepada seseorang.


"selalunya saya mengadu kat ALLAH"
saya memandang kearahnya dan kembali bertanya.
"habis kalau kamu ada masalah kamu cerita kat siapa?"
"saya cerita pada ALLAH"
" tapikan kamu juga perlukan seseorang untuk ceritakan masalah kamu? seperti sahabat atau sesiapa saja yang kamu selesa?"
saya terus bertubi-tubi bertanya.tidak puas hati dengan jawapan yang sama. pada saya kita perlu seseorang untuk menjadi pendengar. remaja perempuan selalunya akan menjadikan ibu atau kakak sebagai orang yang akan di rujuk jika dirundung masalah.
 "saya tiada sesiapa untuk diceritakan masalah saya. Tapi ALLAH sentiasa ada untuk dengar masalah saya"
Ya. Dia benar. Allah sentiasa mendengar keluh kesah hambanya. Alangkah kagumnya nya saya terhadap pergantungannya terhadap As-Sami`. Itulah hikmahnya dia kehilangan ibu tempat bermanja pada usia yang baru mahu mengenal dunia dan tidak dikurniakan adik-beradik lain. ALLAH tarbiah dia melalui hidupnya yang tandus kasih sayang dengan membajainya kasih sayang kepada yang lebih Hakiki. Perwarakan nya yang lembut dan bersahaja tidak pernah mempamerkan kesedihan dihati dan kekurangan dirinya. Saya benar-benar kagum dengan ketabahannya. 


KONKLUSI
Sejak azali lagi ALLAH sudah tentukan pekerjaan kita atas muka bumi ini. 
apa dia?


Jawatan                    : Hamba ALLAH sepenuh masa
Ciri-ciri yg diperlukan : Hamba ALLAH yang berjaya dan berketerampilan
tugas                         : menyambung risalah kekasih ALLAH
income                      : pahala berterusan
bonus                        : ALLAH permudahkan hidup
kejayaan                   : mendapat syurga ALLAH yang hakiki.