Followers

Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Thursday, 19 January 2012

Mengenai Haid Wanita.



Assalamualaikum..
Yang di Agungkan Yang Mencipta insan kerdil ini, Yang di-awla-kan Insan yang dicipta dengan kemuliaan, Rasulullah s.w.t, para Anbia`, kaum kerabat serta para sahabat baginda, yang dihargai sahabat-sahabat yang menghargai hasil blog ini. :)


Baru-baru ni saya menghadiri satu daurah di Baitul Qurro` wal Fuqaha. Kami berkesempatan talaqi kitab Kharidah Al-Bahiyyah dan Safinatun Najah. Actually, saya lebih cenderung untuk membincangkan kitab Safinatun Najah pada kali ini<gaye penah bincang kitab lain je>.  Untuk entry kali ni, kita mulakan dulu mengenai Haid dan Nifas. Antara salah satu penyebab wanita senang masuk neraka dan senang masuk neraka adalah bergantung kepada kefahaman dan amalannya tentang putaran haid yang betul!


Oke! Awalan, kita berkenalan dulu anugerah ALLAH yang satu ni..


APA ITU HAID??


Haid ialah darah kotor yang keluar daripada bahagian atas rahim (endometrium wall). Keluarnya haid bukan kerana sakit, tapi keluarnya dengan sihat (mengeluarkan darah kotor dibadan).
Bahagian atas dinding uterus.



Warna-warna Darah Haid
  • Hitam
  • Merah
  • Jingga
  • Coklat
  • Hijau
CIRI-CIRI DARAH HAID.

  1. Strukturnya pekat dan keluar berketul-ketul
  2. Terasa hangat kerana kepanasan darah
  3. Keluar dengan perlahan dan tidak mengalir seperti cairan biasa mengalir
  4. Baunya busuk dan kebiasaannya berwarna merah kehitaman.



TEMPOH HAID


Tempoh kebiasaan Haid:
-6-7 hari\ seminggu


Tempoh Maksima Haid : 
-15 Hari


Tempoh Minima Haid :
 -1 hari, 1 malam (secara berterusan)
 -24 Jam (jika darah keluar secara putus-putus)


Misalan;
1st day keluar 2 jam, 
2nd day keluar 3 jam,
maka perlu tunggu sehingga mencukupi shingga 24 jam baru dikira haid!


Andai kata untuk sehingga hari ke-15, masih belum mencukupi 24 jam, itu bukan HAID tapi ISTIHADHAH! Wajib mandi dan qada` balik solat-solat fardhu yang ditinggalkan.


Tempoh Minima antara 2 haid;
-15 hari suci
*jika darah keluar dalam tempoh 15 hari tu, darah tu dikira ISTIHADHAH!!


Tempoh Maksima/ Kebiasaan antara 2 haid;
-23 hari suci.
*jika kebiasaan darah keluar seminggu, dan selepas 15 hari keluar darah lagi, itu dikira HAID!



Permasalahan dan perbincangan haid dan suci akan dibincangkan dalam entry yg seterus nya..






Monday, 16 January 2012

Menopause tak payah tutup aurat??!!

Assalamualaikum..
Segala puji buat Sang Pencipta, selawat dan salam buat Utusan Langit dan seluruh ahli kerabat, serta salam sejahtera buat semua penduduk bumi.



Note kali ini saya mahu share sesuatu yang mungkin boleh mengelirukan sahabiah-sahabiah sekalian.

 Pada satu petang, ketika saya bersama sahabat yang lain sedang mentelaah buku sambil bersantai, kami berborak sehingga keluar satu mauduk yang menarik perhatian saya. Ada sahabat saya kata "wanita yang sudah utus haidnya boleh buka aurat?". Sahabat saya ni pun kurang jelas tentang perkara ni. Sebab, menurutnya, dia dengar ni daripada ibunya. Sahabat saya kata ada dalil dalam al-quran. Saya cuba minta pendapat rakan-rakan yang lain. Dan kebnyakkan jawapan tu tak memuaskan hati kerana jawab ikut pendapat masing2. Almaklumlah, Saya baru first time dgr pasal perkara ni. Jadi sifat inkuiri tu membuak-buak. Tengah makan kat DM pun pikir pasal tu. Sampai je kat musolla, trus kol mak tersayang tanya pendapat. Alhamdulillah,penjelsan mak buat saya lebih tenang dari sebelumnya.Then, cari dalam Al-Quran tentang ayat tu. Dari surah An-Nisa` sampai lah jumpa kat surah An-nur. Dan semasa cuti ni saya buat sedikit research tentang perkara ni dan ada bertanya kepada beberapa orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Syukur Alhamdulillah penemuan saya memuasakan hati. So let i share with my beloved friends.
SURAH AN-NUR: 60

.... وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ الَّلَـتِى لاَ يَرْجُونَ نِكَاحا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَـتِ بِزِينَةٍ      وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ 

 (Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi  maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan merekadalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya, dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah lebih baik)

Kekeliruan..

Sahabiah yang dikasihi Allah,

Bagi semua wanita, tua dan muda tetap SAMA tak boleh buka aurat cuma maksud ayt ini ada KELONGGARAN bg wanita ini
ayat ini KHAS bg wanita TUA yg TIDAK LAGI BERKEINGINAN KAHWIN dan sudh sampai tahap MENOPAUSE
mengikut tafsir Attabari, ibnu jabir kata:
“wanita tua yang sudah tiada nafsu keinginan kepada hubungan jantina, ketika mana orang lelaki tidak lagi berminat kepada, maka diringankan kaedah menutup aurat keperingkat yang lebih mudah, tujuannya bagi meringankan bebenan yang mungkin memenatkan mereka

Ggolongan ini sudah diberi kelonggaran utk tidak terikat dgn arahan spt zaman remajanya seperti dibenarkan untuk pakai baju lengan pendek tudung singkat atau pendpt yg lebih exrtrem ialah dibenrkan tidak memakai tudung memadai hanya memakai serbus sahaja dan juga dibenrkan bersalaman dgn lelaki ajnabi yang baik.

 Ada bberapa alasan:

1. Kerana di usia ini, golongan ini mustahil utk melakukan perbuatan yg membangkitkan nafsu syahwatnya antara sebab kenapa islam haram persentuhan lelaki perempuan ialah kerana boleh membangkitkan syahwat lelaki.

2. Sebagai memudahkan perhubungan dia dgn org lain yg dilihat spt anak sndiri.


Maksudnya lg, hukum tetap TAK UBAH kewjipan tutup aurat adalah KEKAL cuma perlaksanaanya BERLAINAN. Ini tidak lain tidak bukan adalah kerna ingin KURANGKAN BEBAN golongan ini. Maklumlah dah tua mesti penat kalau nk menjaganya spt golongan muda. Betul tak?


Ada pendapat yang menyatakan yang boleh ditanggal itu ialah JILBAB dan RIDA`. Orang arab selalunya memakai Khimar dan jilbab. Maka yang yang di benarkan buka hanya jilbab dan rida`. Dalam konteks kita pada hari ini,kiranya warga emsa tu dibenarkan pakai tudung 
pendek atau menutup kepala rambut dengan kain (macam nenek2 buat tu). 


Selain tu ada juga yang berpendapat Wanita arab memakai  dua helai pakaian.pakaian pertama ialah pakaian menutup aurat seluruh tubuh meraka dan pakaian luar ialah pakaian luar yg menutup pakaian pertama.Yang tu la yg dimaksudkan.  Aurat TETAP WAJIB TUTUP!!

cth lain:
-kalau kita, usia macam ni kena pakai baju tidak nampak lengan
-tapi mereka boleh nmpk memdai pakai baju lengan pendek


cth lain ;
-mereka tak pe tak pakai stokin tp apa-apa pun, kalau mereka TETAP NAK TUTUP, itu LAGI BAIK
kerana apa? dunia skrg tak boleh jangka ada je kes wanita berusia lingkungan 60 ke atas, masih menjadi mangsa lelaki rakus.

Sebab ayat ALLAH habiskan ayat ini dengan mengatakan kalau mereka menutup aurat, itu lagi BAIK bagi mereka kerana Allah tahu perbuatan setiap hambnya. Ayat ini membuktikan bahwa Allah maha MENEGTAHUI segalanya.
Terbukti islam itu sempurna! SUBHANALLAH!! :)

Moga perkongsian yang tak seberapa ni dapat memperbetulkan balik tanggapan yang mengelirukan dikalangan kita. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul! Sebar-sebarkan. Moga dapat manfaatnya.




Rujukkan sampingan:
*http://www.al-azim.com/masjid/artikel_tafsir1.htm
*http://dzikriii.multiply.com/journal/item/29/Pengertian_Al-Hijab_bagi_Wanita?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
*http://thifalblog.wordpress.com/2011/05/29/jilbab-atau-khimar/

Friday, 23 December 2011

Keistimewaan Seorang Wanita

Assalamualaikum..
 Pernah tak anda mengeluh menjadi diri anda? Erm,, saya pernah! Bukan senang nak jadi muslimah, dan bukan susah untuk jadi muslimah. Yelah, mana tak nya semua perkara nak kena jaga. Sampai dalam Al-Quran pun banyak sentuh mengenai fikh wanita berbanding lelaki.<lelaki lebih ditekankan mengenai tanggungjawab.> setelah terbaca satu article mengenai keistimewaan wanita, terhibur hati saya dengan janji-janji ALLAH ini. Malahan semakin bersyukur kerana dicipta daripada rusuk Adam yang masih tidak saya ketahui siapa. :)
Bertuahnya kita dapat jadi muslimah. :)

ANTARA JANJI ALLAH BUAT MUSLIMAH.
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


Maka, bersyukurlah menjadi siapa diri anda. Kerana janji ALLAH itu pasti! 


Credit to:http://hafizamri.com/keistimewaan-seorang-wanita/

Saturday, 1 October 2011

Hinalah, herdiklah....


Hinalah mereka,
Hinalah mereka yang bertudung labuh,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh.

Hinalah mereka,
Bertudung labuh hipokrit,
Bertudung labuh hodoh,
Bertudung labuh ketinggalan zaman.

Herdiklah mereka,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama.
Stereotapsi sana sini,
Teruskanlah, mereka hanya ikhlas kerana Allah.

Mereka sanggup, sanggup berpanasan,
Dikala teriknya matahari,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya.

Perlilah mereka!
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
Jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!
Kembalinya pun asing,
Beruntunglah kau saat kau diasingkan,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih, Janganlah berduka,,
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia,
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji.
: )