Followers

Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Tuesday, 27 December 2011

Umar masih dinanti..



Moga terus dalam hidayah dan irshad -NYA!
Sempurnanya manusia kerana ibadahnya,
sempurnanya ibadah kerana solatnya,
sempunanya ibadah kerana niatnya,
sempurnanya niat kerana keikhlasannya,
sempurnanya ikhlas kerana agamanya,
sempurnanya agamanya kerana rasulnya,
sempurnanya rasul kerana risalahnya,
sempurnanya risalah kerana PENGATURNYA,
iaitu ALLAH `AZZA WAJALLA!!

Pemilik kerajaan langit dan bumi,
pemilik bumi dan seluruh isinya,
pemilik nikmat yang dipinjamkan buat hambanya,
pemilik hidayah yang didamba manusia,
pemilik hati setiap manusia....

Malahan pengatur yang Maha Hebat dalam merencana,
Mengatur kerajaan langit dengan teratur,
Bulan dan bintang saling akur,
Dengan sunahtullah yang telah diatur,
Tiada 'kemalangan' dilapor,
Mereka tidak pernah terlanjur,
Dalam kelakuan mahupun bertutur,
Sudah tabi`ie mereka dicipta begitu,
Sami`na wa atho`na setiap waktu,

Berlainan pula dengan penduduk bumi,
Nyawa dan hela nafas yang diberi,
Jarang sekali disyukuri,
Kufur nikmat semakin mendonmasi,
Sifat qanaah sudah terkubur mati,
Sunnah Rasulullah ditolak tepi,
Budaya kuning diangkat sebagai resmi,
Janji pada ALLAH sebelum alam rahim dimungkari,
Hadaf hidup kian dilupai,
Apabila hidup berkiblatkan duniawi,
Hukum ALLAH dianggap iffah liberalisasi,

Maksiat menjadi barah buat bumi,
Onarnya disana-sini,
Fitrah bertukar menjadi fitnah kerana gagal diawasi,
Materialistik menjadi lumrah insani,

Maksiat tidak mengenal siapa lagi,
Setiap heiraki menunjukkan taring,
Golongan lemah ditindas tanpa sekelumit humaniti,
Alim Ulama` bermati-matian menegakkan kalimah suci,
Namun, musuh tak pernah berdiam diri,
Syabab dipasak dengan pelbagai ideologi,
Lahirlah generasi hedonis,

Bumi yang sfera seperti bersegi,
Kerana umat Muhammadiyah diasak kanan dan kiri,
Keteguhan iman menjadi pagar diri,
Nyawa dan harta menjadi taruhan da`ie,
Agar kalimah Syahadah dapat ditegakkan walau apa pun yang terjadi,
Kemunculan UMAR alaf baru dinanti,
Moga kehadirannya membawa sinar buat penduduk bumi,
Seperti matahari yang tidak lelah menyuluh alam semesta ini,
Mengapa tidak bukan kita sahaja yang menjadi UMAR itu?

Ayuh saudaraku! 


originalmasterpieces;
~Nursyazwanikhalid_940817~

Monday, 7 November 2011

Monolog Srikandi Umar (siri 2)

Srikandi Umar terus bermonolog memikirkan masalah ummah..

Subhanallah..
 Dalam meniti hari-hari terakhir aku disekolah ini,,semakin ligat akal dan emosi ku berfikir tentang mereka walau sepatutnya aku bimbang akan SPM yang bakal menjelang tidak kurang 2 minggu lagi,, namun aku kasihkan mereka kerana Allah,,aku perhatikan junior- junior ku yang masih mentah tapi ada yang beranggapan mereka sudah terlebih dewasa, sehingga ada yang membaca novel di kamar mandi tatkala majlis ilmu berlangsung di musolla, mungkin dada mereka sudah sarat dengan ilmu agama...Selalu aku memikirkan mana silapnya tarbiyah islami di ma'had ini. Yang menjadi masalahnya bukan semua yang begitu tetapi segelintir cuma. Namun yang segelintir itulah yang bakal merobek nama baik sekolahku, nama seorang mufti yang tersohor. Ya Allah , tunjukkanlah di mana silap itu agar kami dapat baiki berkat petunjuk dari Mu..

Masalah yang sama berulang, bagiku, selagi ia tidak diselesai mana mungkin isu-isu lain boleh di bereskan. Teringat beberapa bait ayat yang menjadi prinsip sahabat karibku Imtisal, "HABLU MINALLAH HABLU MINANNAS".. Boleh dikatakan saban hari jemaah memulakan solat pasti akan ada golongan yang "menyerikan" solat kami.. malangnya, bukan dengan matlamat islam , tetapi perbuatan melambangkan mereka tewas dengan godaan thaghut laknatullah.

"Ya Allah, maafkan aku ya Allah, mereka ganggu solatku, mereka mengganggu solat kami, mereka menganggu saat-saat indah kami bermikraj dengan-Mu, bagaimana kami mahu tunduk dengan khusyuk kepada-Mu sedang ada antara hamba-Mu yang tewas, lalu bersahabat dengan syaitan. " rintihku di dalam hati.

 Manakan tidak ada diantara pelajar sekolah ku yang dengan sengajanya melewat-lewatkan masuk dalam jemaah, menurut kiraanku mereka menunggu tahiyat akhir baru mereka mulakan solat..

"Dhoif sungguh iman kami, ya Allah sungguh kami tergolong dalam golongan yang menzalimi diri, maka ya Allah bantu kami.."

Saban hari masalah yang sama berulang, sikap pelajar sekolah itu semakin hari semakin kritikal, aku menanti alumni yang sudi menginjakkan kaki ke sekolah itu. Aku bimbang andai Allah memberikan bala, tapi alangkah malangnya kami, kerana kedangkalan kami berfikir akan peringatan yang Allah campakkan tanpa sedar.

Rupa-rupanya sahabat ku yang lain turut memikirkan masalah yang sama, dek kekangan masa kami hanya mampu memendamkan segal di benak masing-masing. Jauh di sudut hati mengharapkan agar kepimpinan yang akan datang lebih cakna dan tidak mengulangi kesilapan kepimpinan terdahulu..

"Allahhu Rabbi, Maafkanlah hamba Mu yang lemah, hina, zalim , lagi banyak dosa. ya Allah,, semoga coretan dari hati ini mampu membuka mata semua pelajar , bahkan bekas pelajar yang sayang akan sekolah ini, sayang akan adik-adik di sini ,sayang akan diri mereka, dan yang paling penting sayamg akan generasi muda Islam yang bakal membantu menegakkan syiar Islam di sekeliling mereka agar masalah-masalah kecil yang merbahaya kesannya dapat dibendung. Ya Allah, aku rindukan generasi baru yang bakal menggantikan Abu Bakr, Umar, Uthman , Ali.. Mungkinkah pejuang-pejuang Islam yang hebat dan unggul dilahirkan semula?Bantu kami Ya Allahu Rabbi. Tunjukkan kami jalan yang lurus menuju ad-deen al-haq.. wallahua'lam..  




Kesinambungan; 
bersambung...

Saturday, 5 November 2011

Monolog Srikandi Umar (siri 1)





Ya ALLAH!!! Hanya padaMu aku merintih....



Hampir dua tahun aku menginjakkkan kaki di bumi tarbiah ini.. taua mungkin sudah bertukar menjadi bumi ‘terbiar’? Namun tarbiahnya hanya akan dirasa kepada sesiapa yang benar-benar ikhlas terhadap ALLAH. Saban hari kaki ini melangkah ke Musolla Al-Muttaqin. Dengan harapan dapat berkhalwat dengan KHALIQ ku dengan tenang dan damai. Aku sentiasa menanti saat indah itu.. kerana….

“ Rapat-rapatkan saf, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat. ... ”
 Arah bilal yan bertugas. Lantas melaungkan iqamat.
Lalu, imam pula mengambil tempat di mihrab untuk memulakan solat. Tetapi.. ketika Jemaah lain sedang khusyuk menundukkan diri dihadapan ALLAH…

                “Hahhahhahahahahaaahh....”

selambak hilaian tawa memecah kesunyian Musolla Al-Muttaqin..

Terkumit-kamit mulut ku beristighfar apabila mengingatkan perkara yan mengaibkan itu. Sebagai seorang pelajar yang berstatus muslim, dimana mereka meletakkan rasa malu terhadap ALLAH dan para Anbia`. Teringatkan pada tazkirah seorang pemimpin,  antara tanda ALLAH benci pada kita ialah hilangnya sifat malu. Nauzubillah…
                                                                            
Inikah lambang islam yang aku impikan? Dimana Umar generasi baru? Saat Islam berkembang luas, Al-Asad itulah yan mengaum bagai singa kelaparan. Tapi disini, bukan Umar Al-Khatab yang ku temui, namun Umar Abu Jahal yan mendominasi.Hinanya kami!!!! Betapa jahilnya pelajar yan mengaku kononnya membawa panji islam namun seperti menginjak Islam secara halus. Ku rasakan seperti hiayah yan menghampiriterus menjauhkan diri. Seakan-akan ada hijab untuk hidayah itu.

Tipikalnya, semakin dewasa semakin matang fikirannya, semakin tinggi akal budinya. Tapi generasi di hadapan ku ini ibarat cendawan, semakin menginjak dewasa, semakin tidak keanak-anakkan fikirannya.Fikir dan zikirlah wahai sahabat. Jangankan mahu memikirkan masalah umat, fikir untuk diri sendiri pun mereka tidak mampu. Bagaikan anak kecil yang masih belum mumaiiz.

Wahai adik-adik,

Kecewa Umar melihat situasi ini. Sayu hatinya. Dimanakah AR-RIJAL pembela  agama? Bukankah mereka harus bersuara??  Bukkankahالرجال قوامون على النساء  . Rabb!! Aku rindu akan Umar. Andai Umar masih ada orang seperti Umar yang lantang menegakkan yang hak dan menentang yang batil.

Ya Allah tunjukkan lah kami jalan Ya Allah…