Followers

Saturday, 20 October 2012

♥Sahabat♥

بسم الله الرحمن الرحيم



Sahabat,
dalam kita bersahabat, 
ada niat yang perlu dipasak,
ada matlamat yang perlu dicapai,
ada jalan yang perlu diikuti,
ada kerja yang perlu diselesaikan,
ada tuntutan yang perlu dilunaskan.
Moga Allah permudahkan jalan
kita
 MENUJU INSAN KAMIL.



Housemate. :)


H       : Wanie, pinjam tudung krim boleh?
saya   : errrr... wanie tak ada tudung biasa warna krim.
H       : Bukan tudung bidang 60. Tapi tudung labuh.
saya   : Bbtul ke ni?<jatuh rahang seketika>
H       : Btul laa. Tetiba anim teringin nak pakai tudung labuh.


ALLAHU AKBAR!
Alhamdulillah.


 Ya ALLAH. Syukur sangat.
Setelah melihat dia memkai tudung labuh, housemate saya 
yang lain pun rasa nak pakai juga. Saya dengan besar hati menawarkan
tudung saya untuk dipinjam. Walaupun saya tahu,
mungkin hanya sehari itu saja mereka teringin nak 
pakai tudung labuh,tapi saya tetap berdoa dan berharap,
itulah 'turning point' untuk mereka benar-benar mendalami islam.
 Memahami syariat islam.

Bagi saya, bertudung labuh atau tidak,
bukanlah isu yang besar. Yang penting pemahamannya
pada Islam. Bagaimana seseorang muslim
tu meletakkan Islam dalam priority hidupnya.
Yang mengambil Islam itu secara 'kaffah' (menyeluruh).

Proses nya perlu beransur-ansur. Bermula dengan
mengenali ALLAH. Memahami syariatnya.
Dan menjaga adab sebagai muslim.

Dalam bersahabat dengan sahabat kita,
tugas kita adalah memenuhi tanggungjawab kita kepadanya,
mengajaknya kepada kebaikan,
buat dia bahagia dengan jalan yang syara',
hulurkan tangan kala dia kesusahan,
dan sentiasa berusaha memberikan semangat serta dorongan.
Kerana kita kepada sahabat kita,
adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT.
Manakala apakah sahabat kita akan membalasnya
 atau tidak, itu adalah urusan dia.
Kerana dia kepada kita pula,
adalah tanggungjawab dia kepada Allah SWT.
Kita laksanakan tanggungjawab kita,
kerana akhirnya di dalam sebuah persahabatan,
yang kita cari adalah keredhaan Allah SWT,
bukan sahabat kita punya keredhaan.



 Ada sahabat saya yang mengajak kami serumah untuk 
pergi jalan-jalan dan tengok wayang. Saya menolak.
Dengan alasan maa saya tak bagi.
Selepas tu saya tanya dia:

'awak rasa ada tak orang yang akan hormat dan
dapat terima tazkirah saya, bila diorang tahu saya
tengok dan masuk wayang?'

---------------


Bukanlah saya seorang juga kuat dan sempurna.
Masih dalam proses membaiki diri juga.  Kurangnya
saya mungkin lebih banyak berbanding orang lain. Saya 
juga perlukan sahabat yang sefikrah. Yang dapat menguatkan
ketika lemah. Yang dapat mengingatkan ketika lupa. 
yang dapat menghulurkan tangan ketika jatuh.




♥ sahabat atas iman itu, lemah dirinya dia simpan.

Lelah dirinya masih mampu berikn senyuman. 
Sedih dirinya masih mampu membahagiakan teman. 
Kerana dia yakin kuat dirinya dalam mncari redha Tuhan. 
Bersulamkan kegirangan bersama rakan. 
Dukanya disimpan. 
Hatinya diserah kpd Tuhan. 
Agar kbahagiaan SAHABAT itu mampu merawat calar hatinya. 
Saat kesepian.. ♥


No comments: