Samada disengajakan atau tidak, tidak ramai rakyat Malaysia yang
mengetahui atau tidak mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di
Syria sekarang.
Presiden Bashar al Assad (Presiden sekarang) telah bertindak semakin
kejam bagi mempastikan kekuasaan yang diwarisi oleh ayahnya Hafez al
Asad sejak 11 tahun yang lalu terus berkekalan.
Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Bashar
al Assad telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri (lebih 6,000
menurut PBB) dan mengakibatkan lebih 40,000 orang telah cedera. Itu
tidak termasuk daripada lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan.
Manakala lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki.
Beliau mewarisi kekejaman diktator seumpama ayahnya Hafez al Assad
yang pernah memerintah Syria selama 32 tahun sehingga tahun 2001.
Ayahandanya juga pernah membunuh hampir 46,000 ribu orang rakyatnya yang
tinggal di Hama, Syria pada tahun 1982 dalam tempoh 27 hari sahaja.
Keseluruhan penduduk yang terbunuh ini merupakan penganut Ahlus Sunnah
Wal Jamaah.
Masyarakat
antarabangsa harus menginsafi isu ini dan mengutuk kekejaman Bashar al
Assad yang terus mendapat sokongan padu daripada Iran dan juga
Hizbullah, Lubnan selain daripada mendapat bekalan senjata daripada
Russia dan Cina.
Gilirannya akan tiba jua….
Dengan
penuh keyakinan bahawa gilirannya akan tiba apabila beliau juga bakal
mencium jejak langkah sekutunya yang digulingkan seumpama Presiden
Zainal Abidin Ali di Tunisia, Ghadaffi di Libya dan juga Presiden Hosni
Mubarak di Mesir.
Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. pernah berkata “Pemerintah yang batil
(zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal
selamanya.”
Malahan kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah swt di dalam surah al-Israk ayat 81 yang bermaksud:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang
lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah
itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”
Teruskan ambil peduli dan doakan untuk saudara seaqidahmu di Syria….
Juga baca :
Kalau nak tahu apa yang sebenarnya berlaku di Syria, saudara-i boleh
cuba lawati Syria dan kenali permasalahan sebenar yang berlaku di bumi
Syam ini.
p/s: copy dan pasta.:)
p/s: copy dan pasta.:)
No comments:
Post a Comment